Salam sejahtera, apakah padanan untuk perkataan "noted"? | Menurut Kamus Bahasa Inggeris, maksud noted ialah terkenal. Contoh ayat ialah a noted Malay linguist yang bermaksud ahli lingustik Melayu yang terkenal. | Istilah | 29.11.2018 |
Salam sejahtera, apakah padanan untuk kata "noted"? Soalan kedua, mengikut rumus tatabahasa, adakah kata "akankah" diterima pakai? Partikel "kah" hanya untuk kata tanya atau bagaiamana? Sekian, | 1. Menurut Kamus Bahasa Inggeris, maksud noted ialah terkenal. Contoh ayat ialah a noted Malay linguist yang bermaksud ahli lingustik Melayu yang terkenal. 2. Dalam data Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami, perkataan akankah tidak wujud. 3. Menurut Kamus Bahasa Melayu kah ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan. Contoh ayat bolehkah kau menyanyi? | Makna | 05.12.2018 |