salam. Apakah istilah yang tepat bagi 'Push notification'? Push notification ialah notis/ mesej/iklan singkat yang biasanya muncul di bahagian atas skrin tablet atau telefon pintar. Terima kasih. | Untuk makluman, "Push notification" tidak terdapat dalam pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada "paparan notifikasi". | Penyemakan dan penterjemahan | 04.10.2019 |
Saya menghadapi masalah mencari terma teknikal untuk banyak kata nama Inggeris untuk teknologi IT seperti "push notification". Terdapat jawapan dari Khidmat Nasihat mengenai "push notification" tetapi cadangan "Pemberitahan Segera" atau "Pemberitahuan Semasa" agak kurang tepat. Saya rasa "Pemberitahuan Dorongan" atau "Pemberitahuan Pacuan" lebih sesuai kerana pemberitahuan ini didorong atau dipacu oleh skrip atau kod yang dihantar dari sistem pelayan pemprosesan awan Google untuk aplikasi tersebut tanpa mengaktifkan aplikasi tersebut dari peranti. Namun, ia juga boleh dipacu oleh aplikasi tersebut apabila ia diaktifkan. Rujukan: https://developers.google.com/web/ilt/pwa/introduction-to-push-notifications | Kami mengambil maklum pandangan anda dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Istilah Semasa DBP. Sekiranya bersesuaian dan dipersetujui oleh pakar penggubal istilah, kami akan mengemas kini istilah berkenaan. | Istilah | 17.03.2019 |
kami bercadang untuk mengadakan pertandingan kepada pensyarah-pensyarah. permohonan pertandingan adalah secara atas talian. sekiranya surat 'notification of acceptance' menggunakan kepala surat rasmi dan dicetak oleh peserta sendiri bolehkah perkara berikut dilakukan:- 1. Tidak menggunakan alamat penuh, sebaliknya seperti berikut:- NOTIFICATION OF ACCEPTANCE Dear Suzanawati binti Ahmad Terima kasih. | 1. Alamat dan tajuk perlu diletakkan sekiranya surat tersebut merujuk kepada bahagian tertentu bagi tujuan rasmi. | Lain-lain | 01.08.2018 |
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan yang sesuai untuk perkataan ini dalam Bahasa Melayu 1. Push Notification 2. Social Drinker 3. Heavy Drinker 4. Heavy Smoker 5.Religiosity 6. Description 7. Moderated Content | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah: 1. Push notification - Pemberitahuan automatik 2. Social drinker - Peminum sosial 3. Heavy drinker - Peminum tegar 4. Heavy smoker - Perokok tegar 5. Religiosity - Kewarakan; kesalihan 6. Description - Perihalan 7. Moderated content - Kandungan sederhana | Penyemakan dan penterjemahan | 25.08.2020 |
Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihat tuan/puan bagi istilah yang sesuai untuk 'Notified Body' atau'Notification Body' dalam Bahasa Malaysia. Notified body membawa maksud - Notified Body is one that a national government appoints to oversee the operation of specific aspects of a Directive. | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "notified body" atau "notification body". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk notification ialah pemberitahuan atau pelaporan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Badan Pelaporan atau Badan Pemberitahuan. | Istilah | 13.07.2012 |
Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat beberapa perkataan untuk diterjemahkan dalam bahasa Melayu 1. Moderated Content 2. Push Notification 3. Unlock - Selain Buka kunci apa lagi perkataan boleh digunakan 4. features - selain ciri-ciri perkataan lain yg boleh digunakan 5.Browse Members | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah: 1. Moderated Content - Kandungan Sederhana 2. Push Notification - Pemberitahuan Automatik 3. Unlock - Tidak Berkunci 4. features - ciri-ciri 5.Browse Members - semak lewa ahli | Makna | 02.09.2020 |
Salam sejahtera, Adakah "Notifikasi" boleh digunakan untuk terjemahan "Notification"? Sila sahkan atau berikan cadangan jika tidak sesuai. Topik: Kejuruteraan dan teknologi semasa. Penggunaan: Lebih banyak digunakan dalam tetapan peranti atau mesin. Terima kasih atas penerangan pihak tuan/puan. | Notifikasi boleh digunakan. Contoh: kad notifikasi | Istilah | 24.06.2015 |
Saya mendapati "enable" diterjemah sebagai "mendayakan" di sesetengah laman web. Contoh: Mendayakan pemberitahuan (Enable notification). Adakah terjemahan ini betul? Jika tidak betul, bolehkah ia diterjemah kepada "membolehkan pemberitahuan"? Terima kasih. | Dalam Kamus Inggeris Melayu - Dewan, enable diterjemahkan kepada membolehkan seperti ayat he needs an absolute majority to enable him to govern - dia perlu mendapat majoriti mutlak utk membolehkannya memerintah; manakala dalam bidang peristilahan, enable diterjemahkan kepada pemboleh seperti enable signal - isyarat pemboleh. Oleh itu, kami berpandangan kedua-dua terjemahan ini boleh digunakan dan disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat.
| Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2023 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah betul istilah 'pemberitahuan tolak' yang sering digunakan kini untuk 'push notifications'? Adakah terdapat padanan yang lebih baik? terima kasih. | A push notification is a message that pops up on a mobile device. App publishers can send them at any time; users don't have to be in the app or using their devices to receive them. They can do a lot of things; for example, they can show the latest sports scores, get a user to take an action, such as downloading a coupon, or let a user know about an event, such as a flash sale. Waalaikumussalam... Istilah 'push notifications' masih belum ada dalam data kami lagi. Terjemahan yang sesuai bagi 'push notifications' jika mengikut konsep ialah Pemberitahuan Segera atau Pemberitahuan Semasa lebih sesuai digunakan. | Istilah | 07.05.2018 |
Adakah padanan bagi "coming into force" dalam ayat di bawah ini betul dalam teks bahasa kebangsaan yang dipadankan dengan "mula berkuat kuasanya" atau adakah ayat yang sewajarnya adalah "permulaan kuat kuasa". 1. (1) This Act may be cited as the *Direct Sales and Anti-Pyramid Scheme Act 1993 and shall come into force [operation] on a date as the Minister may, by notification in the Gazette, appoint and different dates may be appointed for the coming into force of different provisions of this Act. 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan *Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. | Kami mencadangkan "coming into force" diterjemahkan sebagai "mula berkuat kuasa". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2021 |