Salam sejahtera, Adakah "Notifikasi" boleh digunakan untuk terjemahan "Notification"? Sila sahkan atau berikan cadangan jika tidak sesuai. Topik: Kejuruteraan dan teknologi semasa. Penggunaan: Lebih banyak digunakan dalam tetapan peranti atau mesin. Terima kasih atas penerangan pihak tuan/puan. | Notifikasi boleh digunakan. Contoh: kad notifikasi | Istilah | 24.06.2015 |
Saya pernah dua kali bertanya dalam Pantau Tegur Bahasa. Notifikasi akan dijawab telah dihantar kepada saya tetapi jawapan langsung tidak diberikan kepada saya. | Selamat Sejahtera, Mohon pihak tuan/puan berikan butiran persoalan yang ditanya dalam sistem Pantau Tegur Bahasa - soalan, tarih, lampiran dll.- untuk memudahkan kami menyemak butiran tersebut. Pihak tuan/puan juga boleh kemukakan terus persoalan ini melalui e-mel: mulia@dbp.gov.my atau 03-21479114 Terima kasih. | Lain-lain | 20.10.2015 |
Merujuk kepada perkara yang dinyatakan, saya telah menerima emel daripada Bank Islam pada 9.10 am 14 Disember 2021. Emel tersebut memberi notifikasi bahawa saya menerima Bayaran Honorarium Artikel Tunas Cipta daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sebanyak RM100. Setelah menyemaknya pada 14 Disember sehingga 22 Disember 2021 (1.00 pm), bayaran tersebut masih belum diterima dalam akaun Maybank saya sedangkan saya patut menerimanya pada 14 Disember 2021 selewatnya 5.00 pm. Mohon pihak tuan dapat bertindak sewajarnya berhubung perkara ini. Keterangan transaksi adalah seperti berikut: Tarikh transaksi: 14/12/2021 Status: Approved Beneficiary: Zuraimi bin Mohd Zuber Account Number: 163028655009 EFT/Rec Number: 0017047/21 Berikut diberikan butiran peribadi saya: Nama Penuh: Zuraimi bin Mohd Zuber No. Kad Pengenalan: 850728115451 No. Telefon: 0163593063 | Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Untuk makluman Puan Zuraimi, sidang editor majalah Tunas Cipta telah menemukan kesilapan pada nombor kad pengenalan puan rekod pendaftaran yang menyebabkan pembayaran honorarium itu gagal dibuat. Sehubungan dengan itu, sidang editor telah mengemukakan pembetulan tersebut kepada pihak Kewangan dan Bekalan DBP pada 31 Disember 2021 untuk menyelaraskan semula pembayaran honorarium tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 22.12.2021 |
mohon penjelasan permohonan kami tidak diluluskan | Sila lihat kembali domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan lihat ulasan yang diberikan. E-mel hanya menerima notifikasi status permohonan, Uasan boleh dilihat dalam permohonan. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 03-21479400/9500/9699. | Lain-lain | 30.06.2015 |
Kenapa permohonan saya masih tidak diluluskan daripada 28/2/18 sampai ke hari ini. | Permohonan iklan pada 28/2/2017 telah diselesaikan. Jika tuan tidak mendapat sebarang notifikasi melalui e-mel, sila log masuk portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 02.03.2017 |
Salam Tuan/Puan. Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang paling tepat dalam Bahasa Melayu bagi "E-mail Alerts"? Terima kasih | Kami mencadangkan E-mail Alerts diterjemahkan kepada Pemberitahuan E-mel atau Notifikasi E-mel (pemberitahuan melalui e-mel). | Penyemakan dan penterjemahan | 26.02.2015 |
assalamualaikum tuan/puan dari DBP, saya baru sahaja mengisi borang pengesahan iklan perniagaan untuk mendapat kelulusan dari pihak tuan/puan.saya nak tanya bagaimana saya nak tahu jawapan samada iklan tersebut sudah lulus atau tidak. sekian terima kasih. mie | Notifikasi permohonan tuan akan dihantar melalui e-mel. Setelah itu, kembali semula ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk melihat status permohonan tuan. | Lain-lain | 25.08.2015 |
salam. Apakah istilah yang tepat bagi 'Push notification'? Push notification ialah notis/ mesej/iklan singkat yang biasanya muncul di bahagian atas skrin tablet atau telefon pintar. Terima kasih. | Untuk makluman, "Push notification" tidak terdapat dalam pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada "paparan notifikasi". | Penyemakan dan penterjemahan | 04.10.2019 |
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin mengetahui mengapakah iklan yang saya ingin terbitkan tidak diluluskan oleh Dbp? No rujukan permohonan.. 32168/2016 & 32169/2016. Harap saya dapat penjelasan yang boleh faham. Sekian Terima kasih. | Sila layari portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan lihat komen/ulasan di bahagian bawah. Pembetulan hendaklah dibuat berdasarkan ulasan tersebut. E-mel hanya memberi notifikasi status permohonan. | Lain-lain | 03.07.2016 |