Saya ingin mendapat kepastian tentang penggunaan Kata sendi nama 'di' dan 'pada' pada contoh ayat ini. Cikgu Faris telah menampalkan satu notis di/pada papan notis sekolah. Saya keliru kerana ada sesetengah buku kerja di pasaran yang memberi kedua-dua jawapan tersebut. Terima kasih. | Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "tempat" juga digunakan untuk menandakan sesuatu "tempat" yang tetap dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama. "Tempat" di sini dapat merujuk objek atau orang. Oleh itu berdasarkan keterangan kata sendi nama "di" dan "pada" ini, kedua-duanya boleh digunakan dalam contoh ayat tersebut. | Tatabahasa | 20.07.2009 |
CONTOH NOTIS KELUAR DARI RUMAH SEWA | Puan, Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan contoh surat seperti yang puan pohon. Walau bagaimanapun, puan bolehlah mengemukakan draf surat tersebut untuk kami semak penggunaan bahasanya. | Lain-lain | 18.10.2010 |
Soalan: adakah perkataan `dokumentasi' ini boleh digunapakai untuk kedua-dua keadaan, contohnya: 1)Notis Penyempurnaan Dokumentasi Guaman, 2) Dapatkan Notis Penyempurnaan Dokumen Guaman daripada Undang-undang setelah dokumentasi disempurnakan. Mohon maklumbalas segera.... tq. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dokumentasi ialah himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan. Meruuk istilah, dokumentasi ialah mengumpul, mengatur, menyimpan, merujuk dan menyebar dokumen atau maklumat yang dirakam dalam dokumen. | Makna | 01.08.2008 |
makna dan terjemahan maksud kaveat | Puan, Makna kaveat ialah notis rasmi kpd mahkamah bahawa sesuatu tindakan tertentu tidak sepatutnya diambil tanpa memberitahu orang yg memberikan notis ini; pengkaveat orang yg memfailkan (mendaftarkan) kaveat. | Makna | 14.06.2010 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk maksud "Service of Notice". Notis ini merujuk kepada surat berperingkat yang dikeluarkan oleh jabatan. Ia terdiri daripada Surat Amaran, Surat Peringatan, Surat Panggil, "Sub-poena" dans ebagainya. Terma "Service of of Notice" diperlukan dalam Bahasa Melayu kerana pihak kami sedang membuat dokumentasi carta proses kerja dalam Bahasa Melayu. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk Service of Notice. Walau bagaimanapun, dalam pangkalan dat kami terdapat istilah service of default notice (bidang Undang-Undang) yang padanan bahasa Melayunya ialah penyampaian notis kemungkiran. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk service of notice ialah penyampaian notis. | Istilah | 27.06.2011 |
penggunaan perkataan dan angka. Contoh: '....memberi tiga puluh (30) hari notis bertulis' Pertanyaan saya, perlu guna kedua-duanya atau guna salah satu. Jika guna perkataan 'tiga puluh' tak perlu lagi letak angka dalam kurungan. | Puan, Kedua-duanya boleh digunakan. Penggunaan angka adalah untuk memperjelas maksud yang hendak disampaikan. | Ejaan | 03.09.2010 |
Apakah konteks penulisan yang sesuai untuk menggunakan frasa "harap maklum" berbanding "terima kasih" atau "sekian terima kasih" apabila mengakhiri sesuatu notis pemberitahuan? | Ungkapan yang lebih sesuai digunakan pada baris akhir surat rasmi ialah "Sekian. Terima kasih." | Tatabahasa | 14.09.2012 |
Assalamualaikum. Mohon semak: PEMBERITAHUAN SILA LETAK KERETA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN TERHADAP KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN SEBARANG KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM Terima kasih. | Waalaikummussalam.. PEMBERITAHUAN: SILA LETAK KENDERAAN ANDA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM. YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM. | Tatabahasa | 07.12.2012 |
Apakah definisi surat rasmi | Surat rasmi ialah surat yang ditulis dalam urusan rasmi, berhubung dengan segala urusan rasmi dengan jabatan lain seperti permohonan, pemberitahuan, arahan, notis dan sebagainya. | Ejaan | 09.08.2006 |
APAKAH PENGERTIAN PAPAN TANDA,PAPAN KENYATAAN DAN PENGUMUMAN | Papan tanda ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan). Papan kenyataan ialah papan yang memaparkan sesuatu kenyataan atau notis/makluman. Papan pengumuman sama maksudnya dengan papan kenyataan. | Makna | 29.04.2009 |