Setahu saya, semasa di maktab perguruan, saya belajar konsonan bergabung ialah gh,kh,ng,ny dan sy. Jadi digraf ialah konsonan bergabung (dua konsonan berturut-turut yang menghasilkan satu bunyi ). Adakah Klinik iaitu kl digraf? Saya juga belajar konsonan berganding (dua konsonan berturut-turut tetapi menghasilkan dua bunyi atau dipisahkan apabila dieja mengikut suku kata , contohnya hantar - nt ). Mengapakah buku teks BM tahun 3 (SJK(c) tidak sebut tentang konsonan berganding tetapi hanya digraf dan konsonan bergabung yang sama? Bagi kebanyakan guru, mereka menganggap konsonan bergabung bukan digraf tetapi konsonan berganding. Murid- murid telah belajar konsep yang salah. Bagi cucu saya, perkataan seperti promosi, klik,program ,,hibrid dan perkataan daripada b. Inggeris ialah konsonan bergabung. Sila jelaskan. Terima kasih. | Dalam data kami, digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap. Untuk hal yang berkaitan dengan penerbitan buku teks Bahasa Malaysia termasuklah kandungannya, kami mencadangkan tuan menghubungi Editor yang bertanggungjawab, iaitu Puan Zaiton binti Ismail melalui talian 03-21479000 atau e-mel zaiton3@dbp.gov.my.
| Tatabahasa | 10.12.2015 |