Apa kah ejaan untuk perkataan saperti dibawah; 1. Nuget 2. Bebola Ikan 3. Kek Ikan 4. Bebola Daging 5. Bebola Ayam 6. Makanan Sejuk Beku terima kasih, Yusof Muhamd usofmad@gmail.com | Ejaan yang dinyatakan dari nombor 1 hingga 6, betul. | Ejaan | 15.05.2014 |
Salam sejahtera. Harap DBP dapat memberi pengesahan sama ada penggunaan istilah "perotian" (penterjemahan dari "breading") dalam senarai ramuan pada bungkusan nuget ayam adalah sesuai atau tidak. Menurut carian kata laman DBP, istilah "perotian" disenaraikan sebagai istilah Bidang Perikanan. Adakah istilah "perotian" turut digunakan dalam bidang Sains Makanan? | Salam sejahtera. Untuk penjelasan lanjut berhubung istilah, tuan boleh hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di talian 03-21479166. Terima kasih. | Istilah | 08.08.2014 |
Soalan sebelum ini adalah dirujuk. Pilihan lain yang menjadi persoalan kami bagi ayat - Its produce and products ialah 'hasilan dan produk haiwan'. Justeru mohon diperjelaskan dan diperbetulkan; 1. hasil dan hasilan, atau 2. hasilan dan produk? | Daripada rujukan kamus dan istilah, 'produce and products' mempunyai beberapa padanan berdasarkan bidang. Makna ' produce' ialah hasil, manakala ' product' ialah hasil dan keluaran. Sekiranya merujuk bidang Veterinar, lazimnya digunakan hasil haiwan dan hasil tenusu. Dalam cadangan yang diberikan, iaitu 'hasil dan hasilan' adalah kurang tepat kerana 'hasilan' bermaksud hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu. Maksud 'produk' pula ialah sesuatu (barang, perkhidmatan dsb) yg dikeluarkan oleh kilang, atau ditawarkan oleh institusi dsb. Pihak kami mencadangkan padanannya ialah 'hasil dan keluaran'. Hasil seperti susu dan daging, manakala produk mungkin dalam bentuk keju dan nuget. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.03.2010 |