Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nu.kléar] | نوکليار

Definisi : (nukléar) berkaitan dgn nukleus atom; peperangan ~ peperangan yg memakai sen­jata dgn tenaga atom; senjata ~ senjata yg menggunakan tenaga atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nu.kléar] | نوکليار

Definisi : /nukléar/(ttg) tenaga atom. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nuklear


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan NUKLEAR mempunyai berapa suku kata? Dua atau tiga suku kata?Mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Jawi-Sebutan kata nuklear mempunyai dua suku kata, nu.klearEjaan05.03.2008
Mohon khidmat nasihat daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berhubung penggunaan bahasa yang paling tepat bagi slogan program kami. Slogan yang dicadangkan ialah "Nuklear: Inovasi, Dipacu Tanggungjawab". Slogan ini bertujuan untuk mengetengahkan bahawa inovasi dalam bidang nuklear perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab dan menjadi tanggungjawab bersama semua pihak. Sehubungan itu, kami memohon pandangan serta cadangan pihak DBP dari segi ketepatan penggunaan bahasa, kesesuaian frasa dan kejelasan maksud slogan tersebut.

Slogan yang lebih bersesuaian ialah “Inovasi Nuklear, Dipacu Tanggungjawab” atau “Inovasi Teknologi Nuklear, Tanggungjawab Bersama”.

Lain-lain22.06.2026
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil dalam nama khas. Contoh: a)lautan Pasifik atau Lautan Pasifik b)pantai Sendai atau Pantai Sendai c)loji kuasa nuklear Higashidori atau Loji Kuasa Nuklear Higashidori d)pantai utara Jepun atau Pantai Utara Jepun Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah: a) Lautan Pasifik   b) Pantai Sendai   c) loji kuasa nuklear Higashidori   d) pantai utara Jepun.Tatabahasa06.12.2011
1)Produk itu telah dipasarkan secara berluas di seluruh negara. 2)Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedari semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan. 3)Semua makanan di bawah tudung saji itu pagi tadi dihidangkan oleh ibu. TOLONG BETULKAN.1. Produk itu telah dipasarkan secara meluas di seluruh negara.
2. Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedarkan semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan.
3. Semua makanan di bawah tudung saji itu dihidangkan oleh ibu pagi tadi.
Tatabahasa21.07.2012
Apakah maksud reka bentuk konvensional?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, reka bentuk bermaksud rancangan (corak, bentuk, dan sebagainya) yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dan sebagainya). Konvensional pula bermaksud berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh konvensi atau sebagaimana kebiasaannya 2. tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dan sebagainya (berkenaan dengan peperangan, senjata dan sebagainya).

Oleh itu, reka bentuk konvensional merujuk “rancangan, struktur atau binaan berdasarkan amalan biasa”.
Makna16.12.2021

Kembali ke atas