Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ so. with, (act.) menggolongkan sso antara ; (pass.) tergolong antara: he’s ~ed with the great Greek philosophers, dia tergolong antara ahli falsafah Yunani yg agung; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ off, menyebut nombor: the soldiers ~ed off from the right, askar-askar itu menyebut nombor bermula dgn sebelah kanan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : so’s days are ~ed, hanya menunggu masa saja: his days as Prime Minister are ~ed, sbg Perdana Menteri dia hanya menunggu masa saja; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : in /large, vast, great/ ~s, dlm bilangan yg besar, dgn banyaknya; (of people) beramai-ramai: the locusts swarmed round the place in large ~s, belalang juta mengerumuni tempat itu dlm bilangan yg besar; tourists come in large ~s every summer, pelancong datang beramai-ramai setiap musim panas; (large, vast) ~s of, banyak; (of persons) ramai: ~s of people fled the city, ramai orang meninggalkan kota itu; so’s ~ /is, has come/ up, (colloq) so’s turn to experience st unpleasant, kenalah sso: many times she escaped being punished, but now it looks as though her ~ has come up, banyak kali dia berjaya mengelakkan diri drpd dihukum tapi sekarang nampaknya kenalah dia; times without ~, entah berapa kali, banyak kali: I have been there times without ~, saya sudah ke sana entah berapa kali; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : a ~ of, sebilangan; (of abstract units) beberapa: a large ~ of books was destroyed by fire, sebilangan besar buku musnah dijilat api; a ~ of times, beberapa kali; there were a ~ of reasons why the project failed, ada beberapa sebab mengapa projek itu gagal; ~ two, orang kedua: his ~ two takes over when the manager is absent, orang keduanya mengambil alih apabila pengurus itu tiada; any ~ of, banyak: any ~ of times, banyak kali; beyond ~, tdk terkira banyaknya; by (force of) ~s, krn ramai: they won by force of ~, mereka menang krn ramai; few in ~, sedikit saja bilangannya; have so’s ~, (colloq) sudah tahu siapa sso yg sebenarnya: I have got the boss’s ~ now, sekarang saya sudah tahu siapa bos saya yg sebenarnya; in ~, altogether, semuanya: our staff were 20 in ~, kakitangan kita 20 orang semuanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 8. (colloq) dress, baju: this smart, black ~ will suit you, baju hitam yg bergaya ini padan dgn kamu; 9. (colloq) job, kerja: you have an easy ~ there, kamu kerja senang di sana; 10. (in pl) arithmetic, mengira: the child is not good at ~s, budak itu tdk pandai mengira; I have no head for ~s, saya tdk pandai mengira; the science of ~s, ilmu mengira; 11. (gram.) bilangan: plural ~, bilangan jamak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : do you know the ~ of people coming?, adakah kamu tahu bilangan orang yg akan datang?; the ~ of fish caught each day is dependent on many factors, bilangan ikan yg ditangkap setiap hari bergantung pd banyak faktor; 5. group, kumpulan: one of our ~ is a traitor, seorang drpd kumpulan kita ialah pengkhianat; 6. issue of magazine etc, keluaran: the January ~ of Vogue, Vogue keluaran Januari; 7. musical item, lagu: slow ~, lagu perlahan; fast ~, lagu rancak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. symbol or word that indicates a numeral, nombor: 1, 3, 5, 7 and 9 are odd ~s, 1, 3, 5, 7 dan 9 ialah nombor ganjil; this ~ is divisible by 4, nombor ini boleh dibahagikan dgn 4; 2. numeral identifying person or thing in a series, nombor: telephone ~, nombor telefon; the registration ~ of the car, nombor pendaftaran kereta; 3. (usu in abbreviated form), (before a figure or figures) no.; (indic size) saiz: they live at no. 5, Jalan Dang Wangi, mereka tinggal di no. 5, Jalan Dang Wangi; ~ 5 shoe, kasut saiz 5; 4. amount, quantity, bilangan: (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. give a number to, menombori, memberi nombor: he ~ed the pages of his essay, dia menombori muka surat eseinya; 2. amount to, berjumlah: the guests ~ed twenty in all, kesemua tetamu berjumlah dua puluh semuanya; 3. include, (act.) menggolongkan; (pass.) tergolong: I ~ed him amongst my closest friend, saya menggolongkannya sbg kawan rapat saya; this car is ~ed among the safest in the market, kereta ini tergolong antara yg terselamat dlm pasaran; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata number


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya inginkan terjemahan perkataan berikut ke bahasa Melayau 1) Pseudorandom Number Generators 2) Pseudorandom Number Function 3) True Random Number Generators terima ksaihDalam data carian kami, padanan bahasa Melayu bagi Pseudorandom Number ialah nombor pseudorawak dan angka pseudorambang yang digunakan dalam bidang ekonomi, matematik dan komputer.
Berdasarkan terjemahan tersebut, cadangan kami bagi perkataan yang dinyatakan adalah seperti yang berikut:
1)Pseudorandom Number Generators =Penjana Nombor Pseudorawak
2) Pseudorandom Number Function = Fungsi Nombor Pseudorawak
3) True Random Number Generators = Penjana Nombor Rawak Sebenar (jika bersesuian)
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2017
Number Pendaftaran ISBN. Kami ingin membuat satu coffee table book jabatan kami. Bagaimana proses untuk memohon nombor ISBN? Buku ini untuk edaran awam dan antara jabatan. Bukan untuk dijual. Terima kasih.Untuk makluman, nombor Pendaftaran ISBN diperoleh daripada Perpustakaan Negara Malaysia, bukan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain07.11.2015
Apakah istilah padanan untuk "passage number" dalam contoh ayat berikut: "The passage number of a cell culture is a record of the number of times the culture has been subcultured, that harvested and reseeded into multiple 'daughter' cell culture flasks."Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

passage number - nombor laluan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain13.06.2021
Terjemahan bagi 'number words' ialah 'nombor perkataan'. Betul atau tidak ya?Padanan bahasa Melayu ayat tersebut betul.Makna03.05.2010
Apakah terjemahan 'contact number' dan 'contact page'? Terima kasihTerjemahan contact number dalam bahasa Melayu ialah nombor untuk dihubungi/nombor telefon.
Terjemahan contact page dalam bahasa Melayu ialah laman web. 
Makna11.06.2022
Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah ‘tracking number’? Nombor carian atau nombor pengesan?Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

tracking number - nombor jejakan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain31.05.2021
Tuan/Puan, Apakah penterjemahan yang tepat untuk frasa "fixed-width real number" (bidang teknikal). Terima kasih.Kami tiada maklumat yang lengkap tentang penggunaan perkataan ini. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan fixed-width real number diterjemahkan kepada saiz sebenar lebar tetap sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan16.02.2023
Assalamualaikum w.b.t., Mohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menterjemahkan ayat seperti di bawah: 1) The car engine number is stamped/punched on the engine block. 2) The chassis number is stamped/ punched on the car frame.Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa teks yang telah diterjemahkan terlebih dahulu.Lain-lain18.05.2017
Search for one way or return flights below or click here for multiple destinations: Please be aware that you have rejoined the sita pts booking engine out of sequence when we where expecting payment to be completed. Please finish entering details on the payment pages, or phone our helpdesk on "callcentre number" quoting the reference number ITD00001069. Error: Original fare was no longer available please check new price Either a home, work or mobile telephone number must be present Comments Net Search for point to point flights below by filling as many rows as you require. Click here for the standard requirements page Search for flights to build your own trip (availability led) Forgotten Password If you have forgotten your password, please key-in the information requested below to receive a reminder by email. Please key-in either your user name or the email address that you registered with and click send.Pihak kami hanya menyediakan perkhidmatan menyemak teks terjemahan, dan bukannya menterjemah teks daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia.Lain-lain20.11.2007
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "number game"? Ini adalah dalam konteks situasi politik, apabila sesuatu pihak menggunakan sesuatu angka bagi tujuan mencipta satu ilusi untuk meraih sokongan. Contohnya, Calon A mengatakan bahawa beliau mempunyai sokongan 70% penduduk bagi sesuatu kawasan parlimen, walaupun sebenarnya Calon A tidak pasti bahawa beliau mempunyai sokongan tersebut. Namun beliau mengatakan sedemikian hanya untuk mencipta satu gambaran bahawa beliau mempunyai sokongan banyak, agar orang menyokongnya. Definisi bahasa Inggerisnya adalah "the use or manipulation of statistics or figures, especially in support of an argument." Terima kasih.Cadangan perkataan bahasa Melayu paling hampir bagi istilah "number game" ialah politik angka.Istilah24.09.2020
12345

Kembali ke atas