Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.ring] | ڽاريڠ

Definisi : 1. keras dan terang (bunyi, suara), lantang: telah genap tujuh kali dinobat itu, maka bentara pun berseru dgn ~ suaranya; 2. elok (tajam) pendengaran: telinga kanak-kanak ~; menyaringkan menguatkan (suara, bunyi); ~ telinga mendengar baik-baik; kenyaringan keadaan atau hal nyaring. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.ring] | ڽاريڠ

Definisi : kuat dan nyata (bkn bunyi suara dll); lantang: Dia bernyanyi dgn suara yg ~. menyaringkan menjadikan nyaring; menguatkan suara (bunyi dll) sehingga nyaring: Cikgu Aminah ~ suaranya. kenyaringan keadaan atau hal nyaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyaring (adjektif)
1. Dalam konteks suara
bersinonim dengan keras dan terang, lantang, mersik, muluk, tinggi lagi merdu, nyarik, sonor, santer,
Berantonim dengan perlahan

2. Bersinonim dengan elok pendengaran: tajam pendengaran, lekas mendengar, telinga lintah,
Berantonim dengan pekak

Kata Terbitan : menyaringkan,

Peribahasa

Besar bungkus tak berisi.

Bermaksud :

Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah, b. Tong kosong berbunyi nyaring).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jam loceng yang berada di atas kepala katil Farid berdering nyaring. Betulkah perkataan berdering dan perkataan nyaring yang digunakan di dalam ayat tersebut?Mohon penjelasan lanjut. Terima kasih.

Berdering ialah sesuatu yang mengeluarkan bunyi berdering-dering atau mendering seperti bunyi loceng, telefon, giring-giring dan lain-lain,  manakala nyaring sesuatu bunyi yang kuat dan nyata yang merujuk keadaan atau hal nyaring. Oleh Itu,  ayat jam loceng  yang berada di atas kepala katil Farid berdering nyaring  betul.

Makna16.05.2020
Adalah dengan rendah hati kami memohon jasa baik dan khidmat nasihat daripada pihak Tuan untuk memberikan maklumat bagi maksud peribahasa atau kiasan berikut:- "Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban.".
Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (halaman 164), ada peribahasa yang berbunyi Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung yang bermaksud, keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya, manakala Disergah biawak digadai reban merupakan kiasan yang harus ditafsirkan berdasarkan maksud penulis atau penuturnya.
 
Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema.
Sastera17.02.2025
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku).1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok.Tatabahasa30.07.2008
Maksud "hilai tawa"Tidak ada maklumat tentang hilai tawa dalam pangkalan data kami. Perkataan yang betul ialah ilia; dan mengilai yang bermaksud tertawa dengan panjang serta nyaring. Kata "ilai tawa" jika dibentuk akan membawa maksud yang berlebih-lebihan atau lewah.Makna14.04.2013
apakah maksud berunsur pemulukan. contoh soalan: ungkapan yang berunsur pemulukan

Tidak ada kata contoh penggunaan kata pemulukan dalam pangkalan data kami. Contoh penggunaan yang ada ialah muluk bermaksud terbang tinggi-tinggi (burung, dan nyaring (suara) dan perkataan muluk-muluk yang bermaksud yang indah-indah atau elok-elok.


Makna31.05.2011
Anak saya akan mengambil PMR pada oct ini, tetapi dia masih keliru dengan tatabahasa seperti berikut: 1. sungguh amat cantik sungguh kurang sopan terlalu amat kencang Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan? 2. amat nyaring betul amat sukar sekali sungguh indah nian sungguh besar sekali sungguh kuat benar Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan/ belakang? 3. (i) Ali dianugerahi pingat oleh sultan (ii) Ali dianugerahkan sultan pingat (iii) pingat dianugerahkan oleh sultan kepada Ali Adakah ayat (i) , (ii) (iii) semuanya betul? Mana yang salah. Harap tuan dapat menolong saya. Sekian terima kasih

1. Contoh yang diberikan adalah salah. Yang betul: Sungguh cantik, amat cantik, teramat cantik, terlalu kencang, amat kencang, teramat kencang.

2. Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan.  Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan teR- atau sekali atau paling.  Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak.  Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi.  Begitu juga sebaliknya.

3. Ketiga-tiga jawapan adalah betul. 

 

Lain-lain01.10.2009
Apakah maksud a terpesot b terngilai-ngilai c berlatarbelakangkan ( perkataan ini adalah sambung bersama?) d tersenguk-senguk terima kasih.

a. perkataan terpesot tiada dalam rujukan kami. Sila pastikan ejaan sebenar.

b. terngilai-ngilai ialah ketawa dengan kuat dan nyaring bunyinya

c. berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah.

d. tersengguk-sengguk ialah kepala bergerak ke depan atau ke belakang, seperti keadaan orang mengantuk dan sebagainya.

Tatabahasa21.06.2010
saya telah membeli buku kesantunan bahasa karangan prof dr awang sariyan namun tidak dinyatakan secara khusus ciri-ciri kesantunan bahasa. harap dpt membantu dgn memberikan secara ringkas ciri-ciri kesantunan bahasa tersebut.Ciri-ciri kesantunan bahasa banyak, contohnya dari segi nada suara misalnya mestilah tenang, lembut, jelas, tidak nyaring, tidak sinis, tidak marah, mengawal perasaan, tidak mengada-ngada, tidak biadab dll. Sdr bolehlah merujuk buku-buku berkenaan kesantunan berbahasa yang ditulis oleh penulis lain selain daripada Dr Awang.Tatabahasa08.08.2007
Mohon pencerahan tentang perkataan gemersik dan gemerisik. Adakah kedua-dua perkataan ini baku dan apakah kata dasar untuk kedua-dua perkataan ini. Terima kasihPerkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah gemeresik dan mersik. Gemeresik atau bergemeresik bermaksud menggeresek (seperti kertas, kain dan lain-lain direnyuk-renyukkan). Mersik bermaksud kuat lagi nyaring (suara, bunyi dll.), lantang.Makna22.04.2016
merujuk kepada kamus dewan edisi kedua: [riang] | رياڠ Definisi : ; riang-riang nama sj binatang spt biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Adakah riang-riang boleh disingkatkan kepada reriang? [re.riang] | ررياڠ Definisi : 1 nama sj serangga, Pomponia imperatoria. 2 serangga yg berkepala lebar, berkepak lejas dan yg jantannya mempunyai sepasang organ yg mengeluarkan bunyi yg nyaring, Cicada spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Reriang I Definisi : riang-riang (sj serangga). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Reriang I Definisi : riang-riang (sj tumbuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Soalan kedua: Patung-patung = Dragonfly? Sepatung = Dragonfly? Pepatung = Dragonfly?1. Perkataan reriang boleh digunakan.

2. Padanan bahasa Melayu bagi dragonfly ialah pepatung atau patung-patung.
Tatabahasa24.09.2017
12

Kembali ke atas