1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku). | 1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
Maksud "hilai tawa" | Tidak ada maklumat tentang hilai tawa dalam pangkalan data kami. Perkataan yang betul ialah ilia; dan mengilai yang bermaksud tertawa dengan panjang serta nyaring. Kata "ilai tawa" jika dibentuk akan membawa maksud yang berlebih-lebihan atau lewah. | Makna | 14.04.2013 |
apakah maksud berunsur pemulukan. contoh soalan: ungkapan yang berunsur pemulukan | Tidak ada kata contoh penggunaan kata pemulukan dalam pangkalan data kami. Contoh penggunaan yang ada ialah muluk bermaksud terbang tinggi-tinggi (burung, dan nyaring (suara) dan perkataan muluk-muluk yang bermaksud yang indah-indah atau elok-elok.
| Makna | 31.05.2011 |
Anak saya akan mengambil PMR pada oct ini, tetapi dia masih keliru dengan tatabahasa seperti berikut: 1. sungguh amat cantik sungguh kurang sopan terlalu amat kencang Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan? 2. amat nyaring betul amat sukar sekali sungguh indah nian sungguh besar sekali sungguh kuat benar Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan/ belakang? 3. (i) Ali dianugerahi pingat oleh sultan (ii) Ali dianugerahkan sultan pingat (iii) pingat dianugerahkan oleh sultan kepada Ali Adakah ayat (i) , (ii) (iii) semuanya betul? Mana yang salah. Harap tuan dapat menolong saya. Sekian terima kasih | 1. Contoh yang diberikan adalah salah. Yang betul: Sungguh cantik, amat cantik, teramat cantik, terlalu kencang, amat kencang, teramat kencang. 2. Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan teR- atau sekali atau paling. Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. Begitu juga sebaliknya. 3. Ketiga-tiga jawapan adalah betul. | Lain-lain | 01.10.2009 |
Apakah maksud a terpesot b terngilai-ngilai c berlatarbelakangkan ( perkataan ini adalah sambung bersama?) d tersenguk-senguk terima kasih. | a. perkataan terpesot tiada dalam rujukan kami. Sila pastikan ejaan sebenar. b. terngilai-ngilai ialah ketawa dengan kuat dan nyaring bunyinya c. berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah. d. tersengguk-sengguk ialah kepala bergerak ke depan atau ke belakang, seperti keadaan orang mengantuk dan sebagainya. | Tatabahasa | 21.06.2010 |
saya telah membeli buku kesantunan bahasa karangan prof dr awang sariyan namun tidak dinyatakan secara khusus ciri-ciri kesantunan bahasa. harap dpt membantu dgn memberikan secara ringkas ciri-ciri kesantunan bahasa tersebut. | Ciri-ciri kesantunan bahasa banyak, contohnya dari segi nada suara misalnya mestilah tenang, lembut, jelas, tidak nyaring, tidak sinis, tidak marah, mengawal perasaan, tidak mengada-ngada, tidak biadab dll. Sdr bolehlah merujuk buku-buku berkenaan kesantunan berbahasa yang ditulis oleh penulis lain selain daripada Dr Awang. | Tatabahasa | 08.08.2007 |
1) Apakah maksud perkatan gemersik sebenarnya sebab perktaan tersebut tiada dalam daftar kamus dewan edisi 4. 2) Jika ada apakah maksud perkataan tersebut? 3)Dalam konteks ayat di bawah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? -Suara penyanyi itu sungguh ___________semasa mendendangkan lagu irama asli. (Mana satu sesuai digunakan?GEMERSIK/MERDU?) | Perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah gemeresik dan mersik. Gemeresik atau bergemeresik bermaksud menggeresek (seperti kertas, kain dan lain-lain direnyuk-renyukkan). Mersik bermaksud kuat lagi nyaring (suara, bunyi dll.), lantang. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah merdu. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli. | Makna | 25.08.2012 |
1.lembut rasa kek coklat ini. 2. mengapa lembut sangat suara radio itu? tanya Liew tuan, adakah kedua-dua ayat ini kesalahan dalam penggunaan lembut? tq | 1. Lembut tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada 'rasa'. Perkataan yang lebih sesuai ialah sedap, enak atau lazat. 2. Lembut boleh digunakan untuk merujuk kepada 'suara'. Perkataan lain yang sesuai ialah merdu, nyaring dan lunak. Ayat tersebut sepatutnya menambah perkataan juruhebah atau penyiar sebelum perkataan 'suara'. Perkataan 'bunyi' lebih sesuai untuk radio. (... bunyi radio itu.) | Tatabahasa | 18.09.2011 |