Tolong cari maksud. Nyiur gading | Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nyiur+gading untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut. | Makna | 27.12.2012 |
Tolong cari maksud. Nyiur gading | Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nyiur+gading untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut. | Makna | 26.12.2012 |
Assalamualaikum....saya nak tau makna bagi 'nyiur gading puncak mahligai' Boleh saya tau dimana / dengan siapa saya boleh rujuk? Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang ungkapan tersebut dalam pangkalan data kami. Ungkapan dalam lagu terhasil daripada kreativiti penulisnya sendiri, hanya dia yang mengetahui maksud sebenar yang hendak disampaikan. | Makna | 24.03.2015 |
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih. | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati. Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.08.2012 |