Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil orang: Tipah, ~ Tipah!; ~ ya! sr kata utk menyatakan teringat akan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata o II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Untuk tulisan jawi, ejaan perkataan yang mengandungi kata ganda, digunakan dash atau hyphen? Apakah alasannya? Terima kasih.

Kata Ganda<o:p>o:p>

Kata ganda penuh ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Hindi (٢). Penulisan kata ganda penuh seperti contoh yang berikut:<o:p>o:p>

anai-anai = اناي٢ <o:p>o:p>

baik-baik = باءيق٢ <o:p>o:p>

kupu-kupu = کوڤو٢ <o:p>o:p>

Apabila bahagian kata yang diganda itu berubah bentuknya, tanda sempang (-) digunakan sebagai tanda ganda. Kata ganda jenis ini termasuklah kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak.

<o:p>o:p>

(i) Penulisan kata ganda berimbuhan seperti contoh yang berikut:<o:p>o:p>

mudah-mudahan = موده-مودهن<o:p>o:p>

zaman-berzaman = زمان-برزمان<o:p>o:p>

lama-kelamaan = لاما-کلاماءن

<o:p>o:p>

(iiPenulisan kata ganda berentak seperti contoh yang berikut:<o:p>o:p>

bolak-balik = بولق-باليق<o:p>o:p>

lauk-pauk = لاءوق-ڤاءوق<o:p>o:p>

kontang-kanting = کونتڠ ـ کنتيڠ<o:p>o:p>

 

Catatan: Terdapat sesetengah kata ganda yang dieja dengan menambah huruf alif (ا) pada bentuk ganda yang pertama apabila menerima imbuhan kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Contohnya, perkataan:<o:p>o:p>

bersama-sama  =برساما-سام
<o:p>o:p>

bersuka-suka = برسوکا-سوک
<o:p>o:p>

semata-mata = سماتا-مات
<o:p>o:p>

Lain-lain14.03.2022
Apakah beza penggunaan kata nama ‘ajaran’ dengan ‘pengajaran’?

<o:p> o:p>“Ajaran” bermaksud sesuatu yang diajarkan oleh sesorang atau sesuatu seperti agama dan kitab.

<o:p>o:p>

“Pengajaran” bermaksud hal, proses atau perbuatan mengajar atau mengajarkan atau Pengalaman pahit yang dijadikan sebagai pedoman atau iktibar supaya tidak berulang.<o:p>o:p>

Contoh ayat:<o:p>o:p>

      i.       1. Iskandar selalu ingat akan ajaran gurunya.<o:p>o:p>

     ii.       2. Pengajaran Cikgu Arifin tentang sejarah Bahasa Melayu ternyata sangat berkesan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 32.<o:p>o:p>

Tatabahasa16.01.2024
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih.

Semua ayat tersebut betul:<o:p>o:p>

1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. <o:p>o:p>

2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. <o:p>o:p>

3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. <o:p>o:p>

4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. <o:p>o:p>

5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.<o:p>o:p>

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. <o:p>o:p>

Contohnya: <o:p>o:p>

i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; <o:p>o:p>

ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; <o:p>o:p>

iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan;<o:p>o:p>

iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; <o:p>o:p>

v. kata tugas - sudahkan, sertakan.  Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kanbeR-...-kanmempeR-...-kandi-...-kan, dan dipeR-...-kan.

<o:p>o:p>

Akhiran –kan juga merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. <o:p>o:p>

Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu:

(i)
memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan. 

(ii) memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan (membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183 - 186.

<o:p>o:p>

Lain-lain23.10.2023
Mana kesalahan bagi ayat II dan III?

Ayat II yang betul ialah “ Jenifer memperagakan baju tradisional kaum Iban semasa sambutan Hari Kebudayaan di sekolahnya.”<o:p>o:p>

Ayat III yang betul ialah “Dayang mengunjungi Festival Tari dan Lagu Asli bersama-sama keluarganya.”<o:p>o:p>

Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575.<o:p>o:p>

Tatabahasa10.10.2024
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih.“_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah.

A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). 

oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II.

cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini.


Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'.
Tatabahasa13.10.2012
Saya ingin bertanya apakah maksud dan perbezaan penggunaan tanda-tanda seperti berikut (mohon pencerahan berserta contoh) : a) : b) :- c) ;

A)Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut:<o:p>o:p>

1. digunakan pada akhir suatu penyataan apabila diikuti suatu (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Misalnya:<o:p>o:p>

       i. Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut:  <o:p>o:p>

          kertas, dakwat dan pen.<o:p>o:p>

      ii. Ketua: Abdullah Salleh.<o:p>o:p>

         Hari: Isnin<o:p>o:p>

2.digunakan (a) antara jilid atau nombor dengan halaman, (b) antara bab denghan ayat dalam kitab suci, atau (c) antara dengan anak judul suatu karangan. Misalnya:<o:p>o:p>

Dewan Sastera, IV(1974),4:9<o:p>o:p>

Surah yasin:9<o:p>o:p>

3.digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Misalnya:<o:p>o:p>

       Ibu   :  “Bawa bungkusan ini,Mir!”<o:p>o:p>

       Amir : “Baik,bu.”<o:p>o:p>

B)Tanda koma bertitik (;) digunakan seperti yang berikut:<o:p>o:p>

1.Tanda koma bertitik dapat digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Misalya:<o:p>o:p>

Malam makin larut; kamu belum selesai lagi. <o:p>o:p>

2.Tanda koma bertitik digunakan untuk memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majluik sebagai pengganti kata penghubung. Misalnya: <o:p>o:p>

Ayah menyiapkan kertas kerjanya; ibu sibuk bekerja di dapur; adik menghafalkan nama-nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar. <o:p>o:p>

Manakala simbol (:- ) tidak digunakan lagi dan digantikan dendan simbol tanda titik bertindih (:).
Tatabahasa23.06.2014
Tuan, adakah ayat di bawah betul? Apa Abu suka? Abu suka susu.

Ayat tanya yang betul ialah: <o:p>o:p>

(i)   Apakah Abu suka? <o:p>o:p>

 (ii) Atau Abu suka apa? <o:p>o:p>

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah.<o:p>o:p>

Ayat penyata:  Abu suka susu adalah betul. <o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Tatabahasa26.02.2014
1. Apakah perbezaan antara garisi dengan gariskan? 2. Apakah perbezaan antara diperhati dengan diperhatikan? Terima kasih.<o:p>

Penggunaan yang betul ialah ‘gariskan’dan ‘diperhatikan’. Akhiran –kan mempunyai dua pengertian khusus, dalam soalan tuan, –kan memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya:<o:p>o:p>

buku – bukukan (menyebabkan jadi buku)<o:p>o:p>

garis – gariskan (menyebabkan jadi ada garis)<o:p>o:p>

Manakala, akhiran-I tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk tertentu, iaitu:<o:p>o:p>

(i)           Dalam ayat pasif orang pertama dan kedua, contohnya: Perkara itu mesti kamu halusi.<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

(ii)         Dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong baiki basikal yang rosak itu. <o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 183-190. <o:p>o:p>

 

o:p>

<o:p> o:p>

Tatabahasa28.04.2014
Mengapakah kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dikategorikan sebagai kesalahan ejaan?

Tuan boleh merujuk buku terbitan DBP untuk maklumat lanjut, seperti:<o:p>o:p>

(i)            Modul Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi<o:p>o:p>

(ii)           Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu<o:p>o:p>

(iii)          Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga <o:p>o:p>

(iv)         Gaya Dewan Edisi Keempat<o:p>o:p>

(v)          Kamus Dewan Perdana<o:p>o:p>

(vi)         Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu<o:p>o:p>




<o:p>o:p>

Tatabahasa16.05.2025
Salam sejahtera tuan dan puan. Saya ingin bertanyakan beberapa jenis soalan tentang pola ayat. Bolehkah tuan dan puan memberikan penjelasan kepada saya? 1. Abang saya berasal dari Kuala Lumpur. Pola Ayat: FN + FK atau FN + FS? 2. Saya suka melukis gambar pemandangan. Pola Ayat: FN + FA atau FN + FK? 3. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak. Pola Ayat: FN + FK? Bolehkah tuan dan puan memberikan penjelasan tentang jawaban kepada saya? Saya ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut.

<o:p> o:p>

1.      Abang saya berasal dari Kuala Lumpur. (FN + FS)<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

       Abang saya berasal – FN<o:p>o:p>

       dari Kuala Lumpur – FS<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

<o:p> o:p>

2.      Saya suka melukis gambar pemandangan. (FN + FK)<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

       Saya – FN<o:p>o:p>

       suka melukis gambar pemandangan – FK<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

3.      Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak. (FN + FS)<o:p>o:p>

   <o:p>o:p>

Cahaya – FN<o:p>o:p>

        dari rumah itu hanya melalui lampu minyak – FS<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku terbitan DBP seperti yang berikut:<o:p>o:p>

(i)    Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 431 – 440<o:p>o:p>

(ii)   Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Binaan Ayat (DBP, 2015)<o:p>o:p>

(iii)  Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah Jilid 1 – 3 (DBP, 2016)<o:p>o:p>

Tatabahasa12.06.2025
12345678910...

Kembali ke atas