lTuan/Puan, Apa padanan “secure” dan “obtain” dalam Bahasa Melayu bagi konteks ayat di bawah: “(a) shall take or cause to be taken all such steps as may be necessary to secure or obtain the removal or exclusion of the student from the university with the aid of any staff of the University; and”… Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "secure" dan "obtain" ialah menjamin dan memperoleh/mendapatkan. Padanan perkataan bergantung pada kesesuian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. | Makna | 03.11.2021 |
Bolehkah pihak tuan cadangkan terjemahan bagi istilah "doctor shop" dalam ayat berikut: She started to "doctor shop" in order to obtain several prescriptions at a time. Untuk makluman, maksud frasa tersebut ialah pergi kepada doktor berlainan untuk mendapatkan preskripsi. Sekian, terima kasih. | Tidak ada padanan doctor shop dalam pangkalan data kami. Berdasarkan sedikit maklumat yang tuan berikan, konsep doctor shop ini ialah bertemu dengan lebih daripada seorang doktor untuk mendapatkan rawatan. Belum ada satu perkataan atau frasa yang khusus untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu, melainkan tuan menerangkan konsep tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.01.2015 |
I wish to know if DBP have any more copies of the Translation book of Iban - English. If it is available, can I know where I can obtain it, or if I can purchase it from DBP, what is the price if I want to courier it to Sibu? Thanking you in anticipation. | Buat masa ini, DBP tidak mempunyai buku seperti yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, saudara boleh menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia atau pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini. | Lain-lain | 04.10.2009 |
Apakah maksud sesuai bagi petikan berikut? "The Bastille, which under the Old Regime, played such an exaggerated part in the imagination of the ignorant, was principally used to enable indignant parents to obtain from their children that measure of obedience which they considered that the interests of the family decreed". Terima kasih | Untuk makluman , pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris atau sebaliknya. Sekiranya tuan memerlukan perkhidmatan terjemahan, sila hubungi: i. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com, atau ii. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my | Penyemakan dan penterjemahan | 05.01.2024 |
Hi Sir / Madam We are Automation Company for System Integration. I am setting a branch in Spg Ampat Penang. Our head quarters is located in Shah Alam. So, I am applying a sign board to be place in Penang branch office as well. For this purposes, i need to obtain the approval from DBP. Attached herewith is the design for shah alam office. We will copy the same design just changing the address to Spg Ampat address. Hope that you can approve our design. Thank You Poon | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 17.01.2018 |