Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata occupation


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Terima kasih di atas maklum bals yang diberikan terhadap penterjemahan occupational therapy kepada terapi cara kerja. Soalan berikutnya, Bolehkah setiap perkataan 'occupation' yang bersesuaian diterjemahkan kepada 'cara kerja'? kerana terjemahan sedia ada bagi occupation ialah "pekerjaan, pendudukan" Maksud 'Occupation' menurut Oxford: [countable] the way in which you spend your time, especially when you are not working Example: Her main occupation seems to be shopping. (https://www.oxfordlearnersdictionaries.com/definition/american_english/occupation) Maksud 'Occupation' menurut Merriam-Webster: Definition of occupation 1a: an activity in which one engages Example: Pursuing pleasure has been his major occupation. (https://www.merriam-webster.com/dictionary/occupation) Oleh itu, bolehkah ia diterjemah kepada 'cara kerja'? Contoh: 'occupation is activities that people do in everyday life' kepada 'cara kerja ialah aktiviti-aktiviti yang manusia lakukan sehari-hari'Istilah cara kerja lebih banyak digunakan dalam bidang tertentu seperti perubatan. Dalam konteks umum kata pekerjaan lebih banyak digunakan. Berdasarkan kedua-dua contoh yang diberikan, terjemahan pekerjaan lebih sesuai digunakan dalam konteks yang berikut.Istilah02.09.2020
Tuan,   PERMOHONAN PENDAFTARAN PENTERJEMAHAN PERKATAAN BAHARU ‘CARAKERJA’ DARIPADA PERKATAAN INGGERIS ‘OCCUPATION’   Saya, Muhammad Hibatullah Romli merupakan Exco Penyelidikan bagi Persatuan Terapi Carakerja Malaysia. Istilah ‘terapi carakerja’ adalah daripada istilah asal Bahasa Inggeris iaitu ‘occupational therapy’. Walaubagaimanapun, tidak terdapat terjemahan rasmi bagi perkataan ‘occupation’ kepada ‘carakerja’.   Dilampirkan ialah dokumen salinan lembut dalam format pdf yang merupakan alasan-alasan untuk menyokong permohonan ini.Dalam bidang perubatan, occupational therapy diterjemahkan kepada terapi cara kerja dan occupational health diterjemahkan kepada kesihatan cara kerja, rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=cara+kerja&d=28648&#LIHATSINI dan klik domain Istilah Bahasa Melayu. Cara kerja dieja dengan dua perkataan sama seperti cara tindakan, iaitu terjemahan mode of action. Berdasarkan rujukan kami di Internet penggunaan "cara kerja" telah banyak digunakan dan kadangkala bersilih ganti dengan perkataan "carakerja". Oleh itu, kami mencadangkan ejaan "terapi cara kerja" digunakan kerana ejaan ini yang diperakukan dalam bidang perubatan. Untuk makluman tuan juga, Khidmat Nasihat Bahasa ialah medium pertanyaan bahasa yang membantu pengguna menyelesaikan permasalahan bahasa dengan merujuk sumber yang sedia ada. Kami mengalu-alukan cadangan dan pandangan daripada masyarakat tentang hal kebahasaan dan secara tidak langsung ia mengayakan korpus bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan kepada istilah atau cadangan perkataan baharu hendaklah dikemukakan kepada pihak yang berwenang melalui Ketua Pengarah kami. Tatabahasa25.08.2020

Kembali ke atas