Adakah bahasa Melayu membezakan ocean dan sea dalam padanan istilah seperti Indonesia iaitu samudra (ocean) dan laut (sea)? | Salam sejahtera Tuan, Berdasarkan data kami, ocean diberi padanan laut manakala sea pula diberi padanan belayar. Tetapi, samudera atau laut boleh digunakan mengikut kesesuaian. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.03.2018 |
Adakah terjemahan ini betul? British Indian Ocean Territory - Wilayah Lautan British Hindi | Padanan yang tepat bagi frasa “Indian Ocean” dalam bidang Geografi ialah Lautan Hindi, maka terjemahan yang sesuai bagi “British Indian Ocean Territory” ialah Wilayah Lautan Hindi British. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.11.2019 |
polyklinik pudu, kedai kushen ocean,klinik specialist wong, kedai kain & langsir indah globe, kedai runcit haji haniffa & sons | Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun frasa yang betul ialah Poliklinik Pudu, Kedai Kusyen Ocean, Klinik Pakar Wong, Kedai Kain dan Langsir Indah Globe,Kedai Runcit Haji Haniffa & Sons. Perkataan ocean, indah globe dan & sons tidak diterjemahkan kerana ini merupakan nama khas yang telah didaftarkan. | Tatabahasa | 19.04.2009 |
Kenapa Nama untuk Indian Ocean diberikan Lautan Hindi dalam Bahasa Malaysia? Kenapa tak Lautan India? | Tidak ada maklumat tentang etimologi Lautan Hindi sebagai padanan Indian Ocean dalam pangkalan data kami. Melalui semakan di internet, ada maklumat tentang asal kata Hindi dikatakan daripada bahasa Parsi lama bermaksud Sungai Indus. Berkemungkinan faktor asal kata inilah menjadi sebahagian daripada pertimbangan penterjemahan perkataan indian (Indian Ocean) dalam bidang Geografi kepada Hindi (Lautan Hindi). Untuk maklumat tentang padanan istilah hindi dalam bidang Geografi, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hindi dan klik Istilah Malaysia. | Istilah | 25.03.2014 |
Tuan/Puan, Mohon pencerahan samada akronim yang berasal dari Bahasa Inggeris seperti NBOS (National Blue Ocean Strategy), UTC (Urban Transformation Center), WHO (World Health Organization) dll perlu ditulis dalam italik? | Tuan/puan yang budiman, Akronim dalam bahasa Inggeris seperti NBOS, UTC, WHO dan sebagainya tidak perlu ditulis menggunakan fon italik. | Lain-lain | 12.12.2017 |
Penggunaan Italic/Tulisan Condong (Italic) Soalan saya, untuk penulisan dalam courseware (pembangunan bahan kursus multimedia), jika ada pecampuran Bahasa Melayu dan Inggeris: 1) Jika perkataan 'bahasa asing' di dalam kurungan () sama ada perlu italik atau tidak. Contoh: Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang telah diadakan pada... 2) Untuk penyingkatan (abbreviation) perkataan, perlu italic atau tidak? Contoh: Blue Ocean Strategy merupakan suatu amalan kepimpinan yang sistematik. B.O.L. perlu dilaksanakan pada setiap organisasi. (merujuk kepada penyingkatan B.O.L.) Sekian, terima kasih | Menurut data kami, cara penulisan yang betul ialah Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan perkataan tersebut tidak perlu (NBOS) tidak perlu diitalik.
| Lain-lain | 15.05.2017 |
Saya ingin bertanya, adakah terdapat istilah bahasa melayu untuk perkataan marine debris dan/atau marine litter? Berikut adalah definasi marine debris yang telah diberikan oleh Secretariat of the Convention on Biological Diversity: Marine debris is any persistent, manufactured or processed solid material discarded, disposed of, or abandoned in the marine and coastal environment. While this definition encompasses a wide range of materials, most items fall into a relatively small number of material types such as glass, metal, paper and plastic. Plastic items are the most abundant type of marine debris on a global scale and plastic is also the most frequently reported material in encounters between debris and marine organisms. Marine debris commonly stems from shoreline and recreational activities, ocean/waterway activities, smoking related activities, and dumping at sea (Ocean Conservancy, 2010). Man-made items of debris are now found in marine habitats throughout the world, from the poles to the equator, from shorelines and estuaries to remote areas of the high seas, and from the sea surface to the ocean floor. Mohon nasihat | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1. Marine debris: puing laut atau reja laut. 2. Marine litter: sarap laut, sampah laut atau sampah sarap laut. Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 13.04.2021 |
Boleh saya tahu dalam kamus Dewan Bahasa, kenapa disebut sebagai Lautan Pasifik tetapi bukannya Samudera Pasifik? | Untuk makluman, “Lautan Pasifik” telah diterima secara meluas dalam semua penamaan tempat dan pemetaan geografi serta digunakan sebagai nama khas bagi menggantikan istilah bahasa Inggeris, iaitu Pacific Ocean. Nama ini telah mantap penggunaannya. Istilah “Samudra Pasifik” hanya digunakan di Indonesia. Perkataan “Samudera” lebih kerap digunakan dalam karya sastera dan laras bahasa klasik sebagai satu bentuk pilihan padanan kata yang lebih indah. | Istilah | 20.04.2020 |