As salam, Saya sedang membuat penulisan tesis. Terdapat term statistik yang saya tidak pasti terjemahannya dalam Bahasa Melayu iaitu: “Nilai pekali ini akan dikira dalam bentuk eksponential atau boleh juga dipanggil odds ratio. Odds ratio dalam analisis regresi logistik akan menjelaskan peluang responden yang memiliki nilai pekali yang tinggi pada pembolehubah tidak bersandar, maka peluang untuk berjaya ialah sebesar eksponential”. Terjemahan bagi perkataan “odds ratio”? Mohon bantuan. Terima kasih. | Berdasarkan data kami, padanan untuk odds ratio ialah nisbah ganjil dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=odds+ratio&d=28648&#LIHATSINI | Penyemakan dan penterjemahan | 19.11.2020 |