Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.der] | اودر

Definisi : bp; mengoder memesan (makanan dll sewaktu di kedai makan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oder


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanyakan tentang perkataan 'Oder' yang telah disenaraikan di dalam Kamus Dewan Bahasa, adakah boleh dipakai untuk tujuan periklanan? Seperti contoh, "Oder cepat!" atau "Oderlah sekarang".Perkataan "oder" yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dilabelkan sebagai bp, iaitu bahasa percakapan dan tidak boleh digunakan dalam konteks rasmi. Untuk tujuan pengiklanan, kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan yang lebih sesuai, iaitu Pesan Sekarang, Pesan Cepat atau Pesan Segera.Lain-lain12.10.2021
Saya ada oder buku cerita di BPN sampai ke hari ini bukunya tak sampai lagiSalam sejahtera.

Perkhidmatan DBPniaga

Untuk makluman, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP), urusan pembelian dan penghantaran buku melalui DBPniaga dihentikan operasi sementara waktu. 

Walaubagaimanapun, DBPniaga telah mula menjalankan beroperasi semula pada 4 Mei 2020 (isnin). Oleh itu proses penghantaran dan pengeposan buku akan dilakukan secara berperingkat kepada semua pembeli.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my//

Atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak puan amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Lain-lain07.05.2020
Yasmin Takaful Ikhlas WED 16:03 Yasmin Takaful Ikhlas Yasmin As salam.. Mcm mana nk oder buku DBP?Untuk mendapatkan buku yang tuan/puan inginkan, boleh hubungi pihak Ujana Buku DBP di Kompleks DBP Hulu Kelang melalui talian +60 3-4101 2328 atau Koperasi DBP melalui talian +603-2145 5501. Tuan/puan juga boleh membeli melalui portal DBPNiaga.my. Sekian terima kasihLain-lain18.01.2017

Kembali ke atas