| Untuk ayat bahasa Inggeris 'Select the offer card for the offer you'd like to redeem', mana satukah terjemahan yang gramatis? 1. Pilih kad tawaran bagi tawaran yang ingin anda tebus. 2. Pilih kad tawaran bagi tawaran yang anda ingin tebus. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 04.01.2017 |
| Do you offer translation service from English to Bahasa Malaysia? | Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381. | Lain-lain | 05.10.2007 |
| Apakah istilah BM yang sesuai digunakan untuk istilah 'UNDER OFFER' dari konteks hartanah? | Dalam bidang peristilahan, under diterjemahkan kepada bawah, kurang, rendah. Maka under offer boleh diterjemahkan kepada tawaran rendah, jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.05.2015 |
| Muru Kandasamy JUM 11.58 PTG Muru Kandasamy Salam.ada offer pembelajaran bhs jepun | Salam sejahtera, Dewan bahasa dan Pustka tidak menyediakan perkhidmatan mengajar dalam bahasa Jepun. Di DBP hanya menyediakan perkhidmatan kursus dalam bahasa Melayu sahaja. Sekiranya tuan/puan berminat untuk mengikuti kursus dalam bahasa Melayu boleh menghubungi Bahagian Akademi kami melalui talian 03-2147 9144 (En. Zaidi) | Lain-lain | 22.09.2017 |
| Tuan, tempat yang digunakan oleh pasar raya untuk meletakkan pakaian 'offer' dipanggil apa? | Tiada istilah yang tepat untuk menerangkan tempat yang digunakan oleh pasar raya untuk barangan promosi mereka. Cadangan istilah yang boleh digunakan untuk menerangkan lokasi berkenaan ialah sudut promosi. | Istilah | 27.04.2011 |
| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Bagi teks Bahasa Inggeris "20 Days Interest Free Offer", yang mana satukah merupakan terjemahan yang betul: a) "Tawaran Bebas Caj Faedah 20 Hari"; atau b) "Tawaran 20 Hari Bebas Caj Faedah"? Sekiranya terdapat lebih dari satu adjektif yang menyifatkan sesuatu perkara (cth: big bad savage-looking wolf), apakah aturan yang betul apabila menterjemahkan adjektif-adjektif tersebut? Terima kasih. | Padanan terjemahan yang betul ialah: Tawaran Tanpa Caj Faedah 20 Hari. Teknik terjemahan boleh saudara ketahui dengan merujuk buku Teori dan Teknik Penterjemahan oleh Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan terbitan Persatuan Penterjemah Malaysia atau buku Panduan Menterjemah oleh Ainon Mohd. terbitan DBP.
| Penyemakan dan penterjemahan | 04.06.2018 |
| Apakah terjemahan bagi istilah "Co-branded"?. Contoh penggunaan: "There may be times when we also offer certain services in conjunction with Your Utility through co-branded Web sites." | Kami mencadangkan co-branded diterjemahkan kepada jenama bersama. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2015 |
| Jika istilah flagship merujuk kepada andalan bagi telefon pintar. Bagaimana pula kategori "mid-range" Mid-range phones tend to offer the best balance of price and performance, packing high-end features you won't find in the cheapest phones on the market while still sometimes costing half the price of top flagships, or even less | Cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "mid-range phone" ialah telefon jenis sederhana dari aspek harga, kualiti, prestasi, storan dan lain-lain. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 08.07.2022 |
| Mohon untuk menterjemahkan dalam bahasa malaysia A measure was created to evaluate the ethical influence of significant others. Here the criteria to meet include (a) the frequency with which direct supervisors and peers offer cues concerning ethical behaviour to respondents and (b) respondents’ perception of the strength of those ethical cues, again defined as the clarity message. As with the measures described above, existing item were pooled from the ethics literature and evaluation for the usefulness in meeting the above criteria. For the peer scale, four items fell on a single factor, which two additional item did not included. This item (how often do peer discuss past or current organizational ethical dilemma with you) and (how often do peers speak with you about the organization’s ethical guidelines?) both concern peers discussing ethics rather than acting in some ethical or unethical manners or stating their opinions on ethics in a generalized manner. Although no range restriction exist for these item, their mean (2.26 and 2.33) do indicate that they are substantially less frequent than the occurrences discussed in the other ‘peer’ items | Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan teks atau dokumen. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks atau dokumen yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2014 |
| Puan/tuan, Soalan: Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "subscription" . Sama ada boleh menggunakan perkataan "langganan" atau "pelangganan". Teks Bahasa Inggeris adalah seperti berikut: "(1)(c), the Minister may make such arrangements as he sees fit for the underwriting of any offer for subscription or sale of the securities". Adakah perkataan "pelangganan" betul dari segi tatabahasa. Sekian, terima kasih. | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, perkataan pelangganan lebih sesuai digunakan sebagai padanan istilah subscription yang membawa maksud hal atau perbuatan melanggan atau melanggani. | Lain-lain | 30.06.2021 |