soalan: bagaimana untuk kita menentukan tarikh sebenar mengikut masa contoh 1: siaran langsung 'Cinta bersemi' 1 Oktober 2012 , 9.00 malam dan ulang siar 2.00 pagi soalannya: untuk ulangsiar 2.00 pagi adakah telah masuk 2 oktober? contoh 2: ( Drama 'kekasih akan disiarkan bermula Isnin 1 Oktober ): saksikan drama bersiri 'Kekasih' Mulai 1 Oktober , setiap Isnin 12.30 tgh mlm soalannya: adakah 12.30 tgh mlm di anggap sebagai 1 Oktober? Soalan 3: bagaimana untuk kita mengenalpasti penggunaan masa yang betul mengikut tarikh contoh : 1 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) dan 2 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) adakah ( tarikh adlh sbg contoh) 1 oktober= 12.00 tgh mlm - 11.59 malam (24 jam ) 2 oktober = 12.00 tgh mlm - 11.59 malam ( 24 jam ) sekian terima kasih | 1. Ulang siar "Cinta Bersemi" pada pukul 2.00 pagi adalah pada 2 Oktober 2012. 2. Drama bersiri "Kekasih' pada pukul 12.30 tengah malam adalah pada 2 Oktober 2012. 3. 1 Oktober 2012 (Isnin) bermula pada 12.00 tengah malam (hari Ahad - 30 September 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (1 Oktober 2012), 2 Oktober bermula pada 12.00 tengah malam (hari Isnin - 1 Oktober 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (2 Oktober 2012). | Lain-lain | 03.10.2012 |
Aminur Ariffan salam tahun ne tak ada kembara bahasa lagi ke? | Kembara Bahasa 2013 telahpun berlangsung dari 9 Oktober hingga 12 Oktober yang lalu meliputi empat zon (utara, selatan, timur dan tengah). | Lain-lain | 15.11.2013 |
Yang manakah antara ayat di bawah yang lebih tepat dari segi penggunaannya? Ayat 1: Ah Chong telah meninggal dunia semalam, 27 Oktober 2010 dan akan dikebumikan pada keesokan hari iaitu 29 Oktober 2010. Ayat 2: Ah Chong telah meninggal dunia semalam, 27 Oktober 2010 dan akan dikebumikan pada hari esok iaitu 29 Oktober 2010. Terima kasih. | Kedua-duanya tepat betul, penggunaannya bergantung pada penegasan. | Tatabahasa | 28.10.2010 |
Pada Oktober 2013 saya ada menghantar MANUSKRIP buku Akademik Tinngi untuk di nilai oleh DBP. Manuskrip tersebut telah melalui proses semakkan dan penilaian oleh ahli panel dan telah pun dihantar kepada penerbit. Bahkan Nama buku tersebut telah di nyatakan sebagai ANALISA DATA. Pada bulan Mac 2016 Kulit buku tersebut juga telah dipilih daripada 3 yg dicadangkan.Sehingga sekaran kedudukan buku terseut masih tidak diketahui. MOHON PENCERAHAN DARIPADA PIHAK TUAN/PUAN. Sekian terima kasih | Untuk mendapatkan maklumat, tuan/puan boleh menghubungi sama ada Bahagian Buku Umum (03-2147 9427/9428/9429) atau Bahagian Buku Sekolah (03-2147 9541/9556). | Lain-lain | 04.10.2016 |
Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan sukacitanya disini pihak kami ingin memaklumkan bahawa kerja kerja tersebut telah selesai pada 3hb Oktober 2014 iaitu tujuh belas (17) hari lebih awal daripada tarikh tamat kontrak iaitu 20hb Oktober 2014. Berkenaan dengan pemasangan skrin di pentas, sehingga ke hari ini pihak kami masih menunggu arahan seterusnya dari pihak tuan. Dengan itu pihak kami ingin memberi latihan pengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada hari Selasa bersamaan 14hb October 2014 ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai. | Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan sukacitanya pihak kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja tersebut telah selesai pada 3 Oktober 2014 iaitu tujuh belas (17) hari lebih awal daripada tarikh tamat kontrak iaitu 20 Oktober 2014. Berkenaan dengan pemasangan skrin di pentas, sehingga ke hari ini pihak kami masih menunggu arahan seterusnya daripada pihak tuan. Dengan itu, pihak kami ingin memberi latihan pengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada hari Selasa bersamaan 14 Oktober 2014 ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai. | Tatabahasa | 07.10.2014 |
Salam sejahtera, bagaimana hendak menulis tarikh dengan betul? Contoh 24hb. Oktober, 2014. Tolong betulkan. terima kasih | Cara menulis tarikh dengan betul ialah 24 Oktober 2014 atau 24 Okt. 2014 | Lain-lain | 21.10.2014 |
Apakah ayat ini tepat? Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada 22 Oktober 2016. | Tarikh pembaikan lif dijangka siap pada 22 Oktober 2016. | Tatabahasa | 22.10.2016 |
yang mana betul penggunaannya ( Jam atau Pukul ) nantikan siaran 'Bajet 2013' Pukul 9.00 pagi, 1 Oktober, di TV 2 atau Jam 9.00 pagi, 1 Oktober, di TV 2 sekian terima kasih | Penggunaan yang betul ialah pukul 9.00 pagi. | Tatabahasa | 03.10.2012 |
Bulan Bahasa dahulunya diadakan pada bulan September. Mengapa sekarang ii telah ditukarkan kebulan Oktober | Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, program BBK diadakan pada bulan Oktober kerana bulan Ramadan jatuh pada bulan September. | Lain-lain | 27.10.2010 |
"DENGAN INI PIHAK KAMI JUGA MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN MENGIKUT SURAT AKUJANJI PIHAK KAMI BERTARIKH OKTOBER 19,1995 DIKELUARKAN KEPADA BANK PEMBIAYAAN. PIHAK KAMI DI MINTA MENYERAHKAN HAKMILIK STRATA ASAL BAGI HARTANAH TERSEBUT KEPADA PEGUAM MEWAKILI BAGI PIHAK BANK PEMBIAYAAN IAITU HONG LEONG ISLAMIC BANK BHD UNTUK MEMBUAT GADAIAN." BOLEH SEMAK AYAT SAYA? | Berikut petikan yang telah disemak dengan beberapa pindaan. DENGAN INI PIHAK KAMI MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN MENGIKUT SURAT AKU JANJI PIHAK KAMI YANG BERTARIKH 19 OKTOBER 1995 DAN DIKELUARKAN KEPADA BANK PEMBIAYA. PIHAK KAMI DIMINTA MENYERAHKAN HAK MILIK STRATA ASAL BAGI HARTANAH TERSEBUT KEPADA PEGUAM YANG MEWAKILI PIHAK BANK PEMBIAYA IAITU HONG LEONG ISLAMIC BANK BHD UNTUK MEMBUAT GADAIAN. | Tatabahasa | 14.06.2013 |