Ayat manakah yang betul? i) Olahragawan tahunan jatuh pada Ali. ii) Olahragawan tahunan jatuh kepada Ali. | Ayat yang betul ialah ii) Olahragawan tahunan jatuh kepada Ali. | Tatabahasa | 24.09.2013 |
I azman memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.IIPara cendekiawan akan menganjurkan seminar untuk mengupas masalah disiplin pelajar.III Adi adalah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. IV Oleh sebab terlalu menurut kemarahannya, akhirnya dia menerima padah. soalan saya ialah yang manakah ayat yang betul dan jika salah apakah kesalahannya? terima kasih | 1. Azman memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu. 2. Tiada kesalahan tatabahasa. 3. Adi ialah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. 4. Tiada kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
Penggunaan 'wan' yang menunjukkan jantina dan peranan seseorang. Contohnya: peragawan, olahragawan, dan sebagainya. Di Indonesia seorang ahli bina badan dipanggil 'binaragawan'. Jadi, bolehkah istilah 'binaragawan' digunakan di Malaysia? | Untuk makluman saudara, perkataan "binaragawan" tidak terdapat di dalam Kamus Dewan terbitan DBP. Frasa ahli bina badan boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.05.2013 |
Apa persamaan antara kata adjektif dengan kata adverva? | Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat sakit dan indah sekali. Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba boleh hadir di hadapan atau belakang frasa. Contohnya Kami selalu memperkatakan hal itu dan Olahragawan itu sihat sentiasa. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 225 dan 289. | Tatabahasa | 01.11.2012 |