Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.léh] | اوليه

Definisi : /oléh/ 1 kata sendi nama utk me­­nun­jukkan pelaku dlm ayat pasif: Daerah itu telah ditawan ~ musuh. 2 sebab; akibat: Orang itu mati ~ penyakit kepialu. 3 kepada; bagi: Tampak ~nya seorang tua berjalan-jalan. 4 dengan: Bakul itu sarat ~ buah-buahan. beroleh mendapat atau menerima sesuatu: Beliau telah ~ anak lelaki. memperoleh mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan da­rah setitik pun. perolehan 1 sesuatu yg diperoleh; hasil; pendapatan. 2 hal ber­­­­oleh. pemerolehan hal atau cara mem­­peroleh. pemeroleh pihak, orang dsb yg memperoleh sesuatu: Per­atur­­­an itu membolehkan pihak tsb me­­min­dah­­kan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[o.léh] | اوليه

Definisi : /oléh/; oleh-oleh sesuatu yg dibawa dr berpergian; buah tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Puisi
 

Sapu tangan bersiring hijau,
     Oleh membeli kedai Yahudi;
Luka di tangan kerana pisau,
     Luka di hati kerana budi.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Tak kuning oleh kunyit,
     tak putih oleh kapur.

Bermaksud :

Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).

 

Lihat selanjutnya...(118)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya kekeliruan 1) disediakan oleh: atau disedia oleh: 2) disemak oleh: atau disemakkan oleh: 3) disahkan oleh: atau disah oleh:Frasa yang betul ialah disediakan oleh, disemak oleh dan disahkan oleh kerana kata terbaitan yang wujud ialah menyediakan (bentuk pasifnya disediakan), menyemak (bentuk pasifnya disemak) dan mengesahkan (bentuk pasifnya disahkan).Tatabahasa02.05.2012
Dua orang pelajar telah didenda oleh guru disiplin oleh datang lewat. munsyi, merujuk dewan tatabahasa, oleh sama dengan oleh sebab, ayat di atas adakah gramatis?dalam konteks ayat di atas, penggunaan kata sendi nama oleh atau oleh sebab adalah tidak tepat. Dalam konteks ini penggunaan kata hubung 'kerana' adalah lebih sesuai kerana kata hubung berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.   Ayat yang betul ialah: Dua orang pelajar telah didenda oleh guru kerana datang lewat.Tatabahasa12.03.2012
oleh kerana atau oleh sebab?Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. Ini disebabkan oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284.Tatabahasa17.10.2013
Saya nak bertanya mengapa oleh kerana salah pengg.dlm ayat, oleh sebab itu betul?Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut.Tatabahasa30.07.2012
Adakah peperiksaan yang dikeluarkan Oleh Kerajaan diperiksa Oleh dbpSoalan peperiksaan disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan soalan digubal oleh panel yang dilantik oleh MPM. DBP tidak terlibat dengan MPM dalam hal ini.Lain-lain31.05.2013
Soalan: Rumah itu dibakar habis oleh api. Betulkah penggunaan 'oleh' dlm ayat di atas? 'Oleh' perlu diikuti dengan pelaku yg bernyawa atau mana-mana benda fizikal pun boleh?Penggunaan oleh dalam ayat contoh tersebut betul kerana kata sendi nama oleh juga menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Dapat dikatakan bahawa penggunaan kata sendi nama oleh di sini sebenarnya berpunca daripada oleh sebab yang kemudiannya berlaku pengguguran sebab secara pilihan, Contoh lain: Ia mati oleh (sebab) senjatanya sendiri.Tatabahasa20.07.2012
Adakah "dipilih oleh saya" dan "dipilih oleh kamu"betul? Mestikah kita menukarkannya kepada "akan saya pilih" dan "akan kamu pilih"?Ayat pasif dengan kata oleh adalah ayat pasif diri ketiga. Oleh itu, frasa yang batul ialah "akan saya pilih" dan "akan kamu pilih".Tatabahasa20.02.2012
Adakah penggunaan "oleh kerana" dalam ayat berikut adalah betul: Oleh kerana itu pihak tuan dikehendaki mengemukakan dokumen tersebut.Frasa yang betul ialah oleh sebab. Hal ini demikian kerana oleh ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan.  Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah.Tatabahasa04.12.2012
Harap dapat memberi penjelasan mengapa "oleh kerana itu" tidak digunakan dalam penulisan. terima kasih"Oleh" merupakan kata sendi nama dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama, dan "kerana" juga merupakan kata sendi nama. Oleh itu, frasa yang "oleh kerana itu" salah dan frasa yang betul ialah "oleh sebab" kerana ialah kata nama yang boleh hadir selepas kata sendi nama "oleh".Tatabahasa20.05.2012
Bilakah masa yang sesuai bagi penggunaan istilah/frasa 1) terutamanya disebabkan oleh 2) disebabkan terutamanya olehTidak ada perbezaan dalam penggunaan kedua-dua frasa tersebut, namun berdasarkan pangkalan data kami penggunaan "disebabkan terutamanya oleh" lebih banyak berbanding frasa "terutamanya disebabkan oleh".Tatabahasa06.09.2012
12345678910...

Kembali ke atas