HI ENCIK/PUAN SAYA TELAH MEMOHON UNTUK LESEN PAPAN TANDA DI KEDAI SAYA. OLEH DEMIKIAN IA AKAN AMBIL BERAPA HARI BEKERJA UNTUK LULUS? | Adakah tuan/puan memohon pengesahan bahasa papan tanda melalui laman web dbpsahbahasa.my? Permohonan akan diproses dalam 3 hari waktu bekerja. | Lain-lain | 14.01.2019 |
Assalamualaikum... 1. Saya keliru dengan penggunaan wacana yang tepat iaitu sama ada 'oleh demikian' atau 'oleh yang demikian' atau 'oleh hal yang demikian'? Yang mana satu yang betul? 2. Saya berharap pihak tuan dapat menjelaskan sebab ejaan 'jawab' dan 'jawapan' berbeza dari segi penggunaan konsonan 'b' dan 'p'. begitu juga dengan perkataan 'wajib' dan 'kewajipan'? terima kasih. | Sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kata demikian bermaksud begitu, begini, seperti itu. Oleh yang demikian bermaksud oleh(hal)yang begitu. Penggunaan ungkapan yang mantap ialah oleh yang demikian. Bagi menjawab soalan kedua saudara, kata dasarnya ialah "jawab". Oleh yang demikian, bentuk terbitan yang betul ialah "jawaban". Walau bagaimanapun, perkataan "jawapan" sudah mantap penggunaannya. Maka kedua-dua ejaan perkataan ini betul. | Tatabahasa | 18.02.2009 |
Oleh hal yang demikian Oleh hal yang demikian kerana Oleh hal sedemikian Hal ini dikatakan demikian kerana Hal ini kerana Oleh yang demikian Adakah semua penanda wacana di atas betul ? | Betul: 1. Oleh hal yang demikian, 2. Oleh hal sedemikian, 3. Hal ini dikatakan demikian kerana 4. Oleh yang demikian, Salah: 1. Oleh hal yang demikian kerana 2. Hal ini kerana | Lain-lain | 28.09.2020 |
Apakah perbezaan penggunaan "dengan itu", "dengan demikian", "oleh itu", "oleh yang demikian" | Penanda wacana dengan itu, oleh hal yang demikian, dengan demikian, oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab. Tiada perbezaan antara penanda wacana dalam jenis yang sama cuma kesesuaian penggunaan bergantung pada konteks ayat. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 527. | Tatabahasa | 30.10.2014 |
“Oleh hal yang demikian ” “Oleh hal yang demikian kerana “ “Oleh hal sedemikian” “Hal ini dikatakan demikian kerana” “Hal ini kerana” “Oleh yang demikian”.Adakah semua penanda wacana di atas betul ? | Oleh hal yang demikian, oleh yang demikian, dengan demikian, oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab. | Tatabahasa | 03.10.2020 |
oleh hal demikian atau oleh sabab hal demikian | Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, kata demikian bermaksud begitu,begini,seperti itu. Oleh yang demikian bermaksud oleh(hal)yang begitu. Ungkapan biasa yang digunakan ialah oleh yang demikian. | Lain-lain | 06.01.2008 |
Salam, bolehkah kita mulakan ayat dengan kata pemeri, seperti "Adalah dianggarkan ..." atau seperti, "Namun begitu, adalah tidak tepat ...?" Terima kasih | Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat "Adalah dianggarkan ..." tidak betul. Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi kecuali dalam binaan adalah + kata nafi + frasa adjektif. Oleh itu, ayat "Namun begitu, adalah tidak tepat ... " boleh digunakan. | Lain-lain | 14.03.2022 |
Apakah sebabnya "oleh yang demikian" sesuai digunakan, manakala "oleh hal yang demikian" kurang sesuai digunakan? | Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian", "oleh" ialah kata nama yang hadir sebelum kata nama "hal". Namun, banyak penggunaan dalam wacana menggugurkan kata nama "hal" dan beranggapan kedua-dua frasa setara. | Tatabahasa | 12.08.2014 |
Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pusaka untuk cadangan menterjemah bagi 'System Champion' dalam Bahasa Malaysia. Untuk pengetahuan pihak tuan, 'system champion' di sini bermaksud "The key player in a particular organization, is the most important people involved in it." Saya mengguna "sistem campian" tetapi dikatakan tidak sesuai, oleh demikian saya harap pihak Dewan Bahasa dan Pusaka boleh membantu saya memberi cadangan yang terbaik. Hasil kerjasama pihak tuan akan membantu dalam pegetahuan pendidikan dan penyelidik di masa depan. Dengan ini, saya dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, Deborah L. Paris | Cadangan untuk perkataan "System Champion" dalam bahasa Melayu mengikut huraian yang diberi: Jaguh Sistem | Makna | 24.04.2018 |
1- Penggunaan perkataan DENGAN & DAN… *Bolehkah perkataan DENGAN & DAN digunakan pada permulaan ayat? 2- Penggunaan justeru *Justeru atau justeru itu…. Yang manakah lebih tepat penggunaannya? 3- Oleh yang demikian • Oleh yang demikian atau oleh hal yang demikian, yang sesuai digunakan? 4- Bersama dan bersama-sama • Saya bersama Ali pada ketika ini. • Saya bersama-sama dengan Ali pada ketika ini *Adakah ayat yang digunakan tersebut betul, dan apakah perbezaan antara kedua-duanya? | 1. Dengan boleh digunakan di permulaan ayat, contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ..., manakala dan berfungsi untuk menghubungkan dua klausa atau lebih, oleh itu dan tidak digunakan di permulaan ayat. 2. Penggunaan yang lebih tepat ialah justeru. 3. Penggunaan yang paling sesuai ialah oleh yang demikian. 4. Yang paling tepat ialah bersama dengan atau bersama-sama. | Tatabahasa | 17.04.2009 |