Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata olehnya

Peribahasa

Sudah tangan bertuah,
     mumbang ditanam tumbuh juga.

Bermaksud :

Seseorang yang bernasib baik, apa saja yang dilakukan olehnya berhasil belaka.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penggunaan "oleh" mesti wujud dalam ayat pasif atau tidak? Contohnya: 1.Bola itu ditendang olehnya/Bola itu ditendangnya. 2.Kakak meletakkan barang yang dibeli olehnya di atas meja./Kakak meletakkan barang yang dibelinya di atas meja. terima kasih.Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Sebagai contoh (a) Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam (b) Sampah dibakar ayah pada pagi tadi  (c) Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali (d) Sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah. Ayat (a) dan (b) mantap walaupun telah digugurkan perkataan oleh manakala ayat (c) dan (d) tidak boleh digugurkan oleh kerana binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja.Tatabahasa04.11.2015
Amir menjaga kebersihan tempat tinggalnya. AYAT PASIF YANG MANA LEBIH TEPAT? 1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. 2. Kebersihan tempat tinggalnya dijaga oleh Amir.1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. - ayat pasif yang paling tepatTatabahasa25.07.2011
adakah dua ayat ini betul,jika tdk berikan yg betul. i) talib melempari anjing itu dengan sebatang kayu. ii) tidak terkejar olehnya layang-layang yang terputus tali itu. mohon beri jawapan ,,,,tuan. t.kasih. ..... Lee KoiJawapannya ialah; i) Talib melempar anjing itu dengan sebatang kayu.  ii) Tidak terkejar olehnya layang-layang yang terputus tali itu.Tatabahasa03.08.2009
Adakah kata ganti diri 'dia' perlu ditukar kepada '-nya' dalam ayat pasif? Contoh : Dia menulis surat itu. Surat itu ditulis olehnya. atau Surat itu ditulis oleh dia.

Dalam ayat pasif, kata ganti diri "dia" perlu ditukar kepada "nya" atau pun dikekalkan "dia". Kedua-dua ayat; "Surat itu ditulis olehnya" dan "Surat itu ditulis oleh dia" boleh digunakan. 

Tatabahasa23.02.2018
(1) Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa 'amak berlela, amak berupa' mendukung maksud banyak tabiat, banyak olehnya. Adakah 'oleh' dalam konteks ini bermaksud 'benda/keuntungan yang diperoleh'? (2) Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, peribahasa ini pula bermaksud berbagai-bagai gaya dan rupa. Adakah maksud ini sama dengan maksud di {(1)}? Adakah peribahasa ini mempunyai dua maksud? (3) Dalam konteks apa peribahasa ini digunakan? Bolehkah satu ayat contoh dibina bagi peribahasa ini?

Berdasarkan semakan versi bercetak bagi Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, amak berlela, amak berupa bermaksud banyak tabiat, banyak olahnya bukan banyak olehnya. Maksud dalam Kamus Peribahasa adalah hampir sama dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu berbagai-bagai gaya dan rupa.

Contoh ayat:

Warga kota amak berlela, amak berupa semasa mengunjungi Dataran Merdeka bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

Pihak kami akan membetulkan maksud dalam prpm agar tiada kekeliruan timbul. Kami menghargai pertanyaan pihak tuan dan didahului ucapan terima kasih.

Tatabahasa30.08.2020
ICerpen "Hajat Ibu"dihasilkan olehnya. IISurat perjanjian itu telah beliau tandatangani. IIIBerhati-hati mendaki Bukit Gerun adik bongsu saya. IVJambangan bunga ini akan kami hadiahkan kepada Cikgu Yeo bersempena dengan Hari Guru. Pilihkan ayat-ayat yang betul Jawapan ialah ?

Ayat yang betul ialah ayat I, II dan IV.

Sila rujuk guru bahasa Melayu di sekolah anda atau buku-buku yang berkaitan dengan tatabahasa seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui jawapan yang tepat.

Tatabahasa03.08.2022
Dia tercabut tanaman yang ditanam olehnya. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Dia tercabut tanaman yang ditanamnya". Tatabahasa16.10.2022
Dia tercabut tanaman yang ditanam olehnya. Dia tercabut tanaman yang dia tanam. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Dia tercabut tanaman yang ditanamnya". Tatabahasa28.03.2022
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Istilah "clickstream data" merujuk kepada maklumat mengenai aktiviti dalam talian seseorang pengguna. Maklumat ini menunjukkan tapak web yang dilawati oleh seseorang pengguna, laman mana yang telah dilihat olehnya pada tapak itu, berapa lama masa yang diluangkan pada setiap laman dan pautan seterusnya yang diklik olehnya. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "clickstream data"?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

clickstream data - data penstriman klik

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain26.07.2021
Manakah antara berikut adalah betul? a. Faedah yang diperoleh olehnya. B. Faedah yang diperolehnya.

Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.

Tatabahasa21.06.2023
1234

Kembali ke atas