| Melalui semakan Istilah Bahasa Melayu, istilah moot boleh digunakan dalam bidang Undang-undang. Oleh itu, adakah moot court boleh diterjemahkan kepada mahkamah moot? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah moot court ialah mahkamah olok-olok. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 18.04.2023 |
| Assalam, Bagi replika cek bank DBP namakan sebagai cek cura. Apakah pula istilah untuk replika sumbangan yang bukan berbentuk cek bank? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah mock cheque ialah cek contoh atau cek cura. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan cura ditakrifkan sebagai olok-olok, manakala perkataan replika pula ditakrifkan sebagai model sesuatu objek seperti bangunan, jentera, catan dan lain-lain yang hampir atau betul-betul menyerupai objek yang asli. Penggunaan perkataan cura atau replika ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks tersebut. | Istilah | 11.09.2025 |
| Apakah beza dengan "serak" dan "gurau"? Terima kasih | Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza: serak - 1. parau atau garau (suara) 2. tersendat jalan pernafasannya (seperti orang kena selesema, berdahak, dan lain-lain) gurau - percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok | Lain-lain | 20.07.2022 |