| Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan nasihat tentang istilah yang bersesuaian bagi "one-to-one consultation" dalam Bahasa Malaysia. | Cadangan kami one to one consultation diterjemahkan kepada rundingan satu dengan satu sama seperti istilah one to one relationship diterjemahkan kepada hubungan satu dengan satu. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2019 |
| Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang konsep "one belt one road", adakah sudah ada padanannya dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Salam Sejahtera. Konsep “one belt one road” belum ada padanannya dalam bahasa Melayu. Jika konsep itu hendak digunakan dalam penulisan, perkataan tersebut perlu ditulis dengan tanda petikan atau dalam huruf condong (“one belt one road” atau one belt one road). Sekian. Terima kasih. | Istilah | 21.06.2017 |
| Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan nasihat tentang istilah yang bersesuaian bagi "one-to-one consultation" dalam Bahasa Malaysia | Perkataan yang bersesuaian dalam bahasa Melayu bagi one-to-one consultation ialah perundingan bersemuka. | Istilah | 17.06.2019 |
| terjemahan one-to-one dalam bahasa melayu | Cadangan padanan yang sesuai ialah satu dengan satu. Walau bagaimanapun, bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Lain-lain | 24.05.2023 |
| Saya ingin pencerahan tentang penggunaan bahasa. Nama hostel dalam bahasa Inggeris ialah The One Co-living Space. Jika diterjemahkan ke bahasa Melayu, bolehkah dikekalkan beberapa perkataan Inggeris seperti Ruang Inap Co-Living The One? Untuk makluman, The One adalah nama khas yang dirujuk kepada nama pengusaha/syarikat iaitu The One Academy. | Kami mencadangkan padanan “Ruang Kongsi The One” atau “Ruang Guna Sama The One”. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2023 |
| one stop service | Padanan yang sesuai ialah PUSAT SERVIS SEHENTIAN. | Makna | 25.11.2015 |
| One Stop Mini Mart | Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 13.07.2015 |
| one day countdown labour day | Penyiaran detik satu hari ke Hari Buruh | Istilah | 02.03.2011 |
| one stop | sehenti | Lain-lain | 30.12.2008 |
| One Stop Centre | Pusat Sehentian | Istilah | 13.08.2008 |