Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata online


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Status penggunaan perkataan Online dalam laman web kerajaan untuk versi Bahasa Malaysia. Dibenarkan atau tidak? Cth: Current online - diterjemahkan ke Sekarang Online.Online ialah perkataan Inggeris. Sepatutnya perkataan it tidak digunakan dalam ayat atau teks bahasa Melay. Seharusnya diterjemahkan terlebih dahulu. Cadangan terjemahan ialah dalam talian.Lain-lain02.12.2008
1.Adakah 'atas talian' merupakan perkataan bahasa melayu yang betul bagi perkataan 'online'?Padanan online dalam bahasa Melayu ialah dalam talian.Istilah05.04.2011
personalised services online navigation browser hardwarekhidmat pelanggan dalam talian pelayaran perkakasanLain-lain04.07.2007
apakah perkataan bahasa Melayu bagi 'online'? Terima kasih

 

Salam Sejahtera Muszalina Fatimah Binti Mohamed Shaffee,

Soalan : Apakah perkataan bahasa Melayu bagi 'online'?

Jawapan : Perkataan bahasa Melayu bagi 'online' ialah 'dalam talian'.

Selain itu juga, puan boleh membuat rujukan kamus tersebut dengan menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yang menjalankan tugas,

Abdul Razak Mohammad

Lain-lain30.06.2009
"online communication" dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai "komunikasi melalui talian" atau "komunikasi dalam talian"? Terima Kasih.Padanan online communication dalam bahasa Melayu ialah komunikasi dalam talian.Istilah04.05.2011
Assalamualaikum, bolehkah kamus DBP online ini diterokai tanpa memasukkan kata kunci ke kotak carian? ada kalanya saya ingin mencari kosakata bahasa melayu yang belum saya kenali. saya mohon agar kamus online ini boleh dibelek-belek seperti juga kamus fizikalnya. terima kasihSistem carian kata bahasa Melayu dalam Kamus DBP secara dalam talian hanya menyediakan khidmat mencari perkataan dan makna sesuatu kata yang dikehendaki. Sekiranya saudara memerlukan khidmat sebagaimana yang "dikehendaki", silalah membeli kamus di kedai buku.    Lain-lain15.06.2010
Saya ingin bertanya kepada pihak DBP mengapa pihak DBP tidak mempermudahkan sistem memohon perkerjaan melalui online?pada pendapat saya ianya lebih memudahkan penggunanya untuk memohon secara online seperti hal yang berlaku kepada saya yang duduk jauh dari kawasan semenanjung, saya menetap di Sarawak

Sdr,

Terima kasih di atas cadangan tersebut. Insyaallah kami akan menuju ke arah itu.

Lain-lain04.02.2009
A'kum, saya ingin tahu samada DBP ada menyediakan khidmat kamus dwi-bahasa online Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. bagi saya yang bertugas di jabatan kejuruteraan dengan syrikat awam, kamus online ini amat berguna khususnya untuk menterjemahkan material dari bahasa melayu ke bahasa lain. saya berharap dengan adanya kamu dwi-bahasa itu, ia akan memberi kelebihan untuk semua masyarakat. Terima Kasih FisolUntuk makluman tuan DBP sedang menyiapkan Kamus Melayu - Inggeris (alan terbit), yang ada Kamus Inggeris - Melayu dan Kamus Melayu - Melayu. Untuk bentuk istilah (dalam pelbagai bidang) tuan boleh layari laman web DBP, klik pada ISTILAH untuk carian kata seterusnya. Kami mengharapkan kemudahan ini dapat membantu saudara melaksanakan tugas seharian, terima kasih.    Lain-lain27.05.2008
DBP has online kamus, How do i subscribe and what is the cost? I am doing translation of questionnaire, i try to call Persatuan Penterjemahan Malaysia but no one pick up the phone. Do you have any idea what is the charges? How long do they take to do it?'Kamus online' boleh diakses melalui portal KaryaNet, tetapi portal ini sedang dalam penyelenggaraan, sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.Lain-lain23.05.2008
Salaam. Saya ingin tahu jika terdapat masalah dalam sistem kamus sbmb online? Sebab bila saya klik 'carian kata', page prpm.dbp.gov yang keluar dan bukan page kamus sbmb seperti sebelum ini. Ia berlaku sejak dua tiga hari lepas. Boleh saya tahu kalau kamus sbmb online masih boleh digunakan selepas ini atau bagaimana ya? Terima kasih.

Sila klik pada Laman Utama DBP untuk menggunakan SBMB dalam talian. Pusat Rujukan Persuratan Melayu merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain24.02.2009
123456789

Kembali ke atas