Saya nak tanya yang mana betul OPS atau OP dalam tulisan ringkas contohnya Ops Selamat sebelum ni tapi ada juga saya jumpa baru-baru ni OP COVID-19. Penggunaan yang mana satu betul, OPS atau OP bagi menunjukkan maksud operasi. Terima kasih. | Penggunaan yang biasa digunakan untuk nama program ialah OPS SELAMAT, OPS PENAWAR, OPS COVID-19. | Tatabahasa | 12.04.2020 |
Apakah perkataan yan sesuai bagi menggantikan perkataan di mana dalam soalan ini. 'Amplifier Kendalian (op-amp) ialah litar panduan yang mempunyai amplifier bergandaan tinggi dimana suap balik digunakan untuk mengawal ciri-ciri sambutan keseluruhannya." | Amplifier Kendalian (op-amp) ialah litar panduan yang mempunyai amplifier bergandaan tinggi dan suap balik digunakan untuk mengawal ciri-ciri sambutan keseluruhannya. | Tatabahasa | 28.09.2022 |