Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.pe.ra.si] | اوڤراسي

Definisi : 1. pembedahan: ia sanggup men­jalani suatu ~ asal sahaja penyakitnya itu boleh hilang; 2. perjalanan (alat, pesawat, jentera, dll): buku ini juga menjelaskan ~ beberapa alat berdasarkan prinsip me­kanik; 3. ke­giatan (syarikat perniagaan, per­usahaan, dsb); 4. gerakan tentera, polis, dll: ~ jenayah dan keselamatan; daerah ~ daerah yg sedang di­jalankan gerakan tentera; kamar ~ a) bilik tem­pat dilakukan pembedahan, bilik bedah; b) bilik tempat dikawal atau diken­dalikan se­suatu gerakan, bilik gerakan; eroperasi 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak, berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru; 3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak 15 buah syarikat telah ~; mengoperasi melakukan pembedahan (atas), membedah: ~ orang yg sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.pe.ra.si] | اوڤراسي

Definisi : 1 gerakan tentera, polis dll utk mencegah atau utk mengawal se­suatu: ~ mencegah jenayah. 2 gotong-royong yg dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terhadap kerja-kerja kebajikan: Masyarakat kampung itu menjalankan ~ membersihkan masjid dan kawasan perku­buran. 3 proses hitungan campur, hi­tungan tolak, hitungan darab dll yg di­lakukan mengikut tatacara tertentu. ~ dedua operasi yg menggabungkan dua unsur utk menghasilkan unsur yg ketiga (spt 2 + 5 = 7). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
operasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gerakan, tindakan, kegiatan, aktiviti, langkah, usaha, kempen;,
Kata Terbitan : beroperasi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah lebih sesuai, 1. operasi pungutan tol atau 2. operasi kutipan tol atau ada lain-lain istilah yang lebih tepat? Terima kasih.Jawapan yang tepat ialah operasi memungut tol ataupun operasi mengutip tol. Terima kasih.  Tatabahasa15.01.2009
Operasi besar-besaran hendaklah dibuat sebagaimana yang telah dilakukan dalam usaha membanteras VCD cetak rompak. (Munsyi, saya ada membaca tentang istilah sebagaimana , seperti mana tidak sesuai digunakan dalam ayat, sama seperti yang mana, di mana. adakah ini benar? TK)Perkataan sebagaimana dan sepertimana boleh digunakan. Penggunaan perkataan ini tidak sama seperti perkataan yang mana dan di mana dalam ayat penyata. Perkataan yang mana dan di mana tidak digunakan kerana frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.Tatabahasa05.04.2012
Pertanyaan. Apakah istilah sebenar bagi SOP (Standard Operating Procedures)? Di dalam PRPM memberikan hasil gelintaran berikut iaitu tatacara operasi standard tetapi di kebanyakan akhbar pula menggunakan Prosedur Operasi Standard. Mohon kepastian.Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah Prosedur Kendalian Standard, walau bagaimanapun tidaklah menjadi suatu kesalahan jika menggunakan istilah Prosedur Operasi standard.Istilah02.11.2011
Pak Majid ditarik gerainya oleh penguatkuasa majlis perbandaran dalam operasi pemeriksaan lesen peniaga-peniaga kecil di pasar minggu. (tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini dan bagaimana membetulkannya? TQ)Ayat yang diberikan kurang tepat maknanya kerana lazimnya dalam operasi pemeriksaan lesen, pegawai memeriksa sama ada peniaga mempunyai lesen atau sebaliknya. Ayat ini sepatutnya berbunyi "Pak Majid tidak dibenarkan berniaga kerana tidak mempunyai lesen oleh penguatkuasa majlis perbandaran dalam operasi pemeriksaan lesen peniaga-peniaga kecil di pasar minggu". Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.Tatabahasa15.08.2011
Boleh kongsikan format / pengisian wajib dalam "Polisi Operasi Perkhidmatan". Terima kasih.Selamat petang

Pihak kami mohon maaf kerana tidak mempunyai maklumat atau data tentang "Polisi Operasi Perkhidmatan" tersebut. Sekian. Terima kasih.
Lain-lain27.06.2016
Assalamualaikum. Tuan, Jabatan kami ingin mewujudkan satu seksyen baharu. Ingin mendapatkan pandangan dari segi Bahasa Melayu yang betul/tepat: Group Operations Assurance Section = " SEKSYEN OPERASI ANSURANSI KUMPULAN" ? Pohon pandangan tuan. TkasihWaalaikumsalam,

Cadangan padanan kami bagi soalan yang dikemukan oleh pihak tuan ialah Bahagian Jaminan Kumpulan Operasi atau Seksyen Jaminan Kumpulan Operasi. Frasa mengikut konteks dan penggunaanya.
Makna12.05.2020
1. Adakah perkataan-perkataan berikut betul imbuhannya: Pengoperasian, Pengwujudan, Mempastikan. Jika salah, apakah imbuhan yang betul. 2. Bagaimanakah mengeja perkataan pra persaraan atau prapersaraan atau pra-persaraan? Adakah terpakai untuk semua perkataan yang bermula dengan pra?

1. Pengoperasian tidak perlu diberikan imbuhan dan memadai dengan operasi sahaja kerana perkataan operasi bermaksud kegiatan, gerakan atau perjalanan sesuatu proses, alat dan sebagainya. Imbuhan yang betul bagi perkataan wujud ialah pewujudan bukannya pengwujudan, manakala perkataan mempastikan salah dan yang betulnya ialah memastikan kerana huruf "p" diawal perkataan pasti itu luluh apabila diberi imbuhan men-...kan. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya(homoganik) ialah m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya, pesan-memesan, pukul-memukul, tetap-menetap, tari-menari, karang-mengarang, kaji-mengkaji, salin-menyalin, dan sinar-menyinar.

2. Perkataan tersebut ditulis sebagai satu perkataan, iaitu prapersaraan kerana "pra-" ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa06.04.2009
Penggunaan perkataan Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa malaysia adakah Prosidur Oprasi Standard ataupun Prosidur Tetap Operasi atau ada perkataan lain yang berkaitanUntuk makluman, istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard.Istilah26.11.2012
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. 1. car park office - pejabat parkir 2. operation hour - waktu operasi 3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket 4. please proceed to next level - sila teruskan ke tahap seterusnya1. car park office - pejabat tempat letak kereta
2. operation hour - waktu operasi
3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket
4. please proceed to next level - sila ke aras seterusnya
Tatabahasa29.08.2012
Salam. Saya ingin menyemak terjemahan saya bagi tajuk Marker Operation Planning & Supervision (Perancangan dan Penyeliaan Operasi Marker) samada ia betul atau tidak. Saya juga ingin mendapatkan pengesahan terjemahan bagi perkataan Marker disini yang berkait rapat dengan industri pakaian dan tekstil. Segala kerjasama pihak tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, marker bermaksud penanda. Cadangan terjemahan yang sesuai untul Marker Operation Planning & Supervision ialah Penanda Perancang Operasi dan Penyeliaan. Mohon nyatakan tugas kerja pekerjaan ini untuk rujukan.
Makna12.03.2018
1234567

Kembali ke atas