Saya nak tanya yang mana betul OPS atau OP dalam tulisan ringkas contohnya Ops Selamat sebelum ni tapi ada juga saya jumpa baru-baru ni OP COVID-19. Penggunaan yang mana satu betul, OPS atau OP bagi menunjukkan maksud operasi. Terima kasih. | Penggunaan yang biasa digunakan untuk nama program ialah OPS SELAMAT, OPS PENAWAR, OPS COVID-19. | Tatabahasa | 12.04.2020 |
"ops". adakah kata pinjaman? | Kata 'Ops' manakah yang dimaksudkan? Jika 'ops' yang digunakan dalam seruan tidak ada sumber yang menyatakan asal kata berkenaan. Jika 'ops' seperti yang digunakan dalam kegiatan yang melibatkan orang ramai atau latihan ketenteraan, sumber daripada Kamus bahasa Inggeris, Webster menyatakan kata ini berasal dan dipinjam daripada bahasa Latin. | Tatabahasa | 27.03.2011 |
Assalamualaikum Tuan, Pernyataan yang mana lebih tepat dan betul? 1. Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan OPS Bersepadu Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 ATAU 2. Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan OPS Bersepadu Peringkat Kebangsaan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 Harap dapat bantu saya. Sekian, terima kasih. | Walaikumussalam... Ayat yang betul ialah Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan OPS Bersepadu Bersempena dengan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan Tahun 2017. | Tatabahasa | 13.01.2017 |