Mohon berikan terjemahan yang tepat bagi istilah "Teachers Sense of Academic Optimism". Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Teacher's Sense of Academic Optimism" dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep istilah tersebut dan kami akan mengemukakannya kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapatkan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 26.07.2016 |
Salam Tuan. Saya mencari terjemahan bagi frasa "managerial overconfidence" dan "managerial optimism" Contoh ayat: The empirical findings demonstrate that lower inflation uncertainty increases over-investment, and managerial overconfidence exacerbates such effect. Terima kasih. | Cadngan terjemahan yang sesuai bagi "managerial overconfidence" ialah terlalu yakin terhadap pengurusan manakala managerial optimism ialah Optimistik Pengurusan | Makna | 09.10.2020 |
Saya ingin mendapatkan istilah yang betul untuk perkataan bahasa inggeris "engagement". Ayat bahasa inggeris: In education, student engagement refers to the degree of attention, curiosity, interest, optimism, and passion that students show when they are learning or being taught, which extends to the level of motivation they have to learn and progress in their education. Bolehkah saya mengguankan istilah "keyakinan" untuk mewakili "optimism". | Dalam konteks ayat yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk “engagement” ialah penglibatan; perkataan keyakinan boleh diterima sebagai padanan bahasa Melayu untuk “optimism”. | Istilah | 12.05.2017 |
Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan perkataan dan memohon cadangan perkataan yang bersesuaian dengan pihak DBP? 1. Flourishing Seterusnya adalah perkataan daripada Teori Kesejahteraan iaitu EPOCH. 1. Engagement 2. Perseverance 3. Optimism 4. Connectedness 5. Happiness Terima kasih. | Cadangan padanan bagi kata flourishing, engagement, perseverance, optimism, connectedness dan happiness dalam bahasa Melayu ialah berkembang, keterlibatan, ketabahan, optimistik, keterkaitan dan kebahagiaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.05.2025 |
"Teacher's Sense of Academic Optimism" dicadangkan istilah dalam bahasa Melayu "Sikap Optimistik Akademik Guru" untuk dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. | Setelah berbincang dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Sikap Guru Optimis Akademik. | Istilah | 27.07.2016 |