Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n (colloq) ujian lisan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. spoken, verbal, lisan: an ~ examination in French, ujian lisan dlm bahasa Perancis; ~ testimony, testimoni lisan; ~ agreement, perjanjian /mulut, lisan/; (colloq) janji /mulut, lisan/; 2. of, used by, for, done with the mouth, mulut, oral: ~ hygiene, kebersihan mulut; ~ contraceptive pill, pil kontraseptif mulut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oral


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum/ Salam sejahtera, Apakah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat untuk perkataan-perkataan berikut: 1. "fact sheet" 2. "Oral" bagi ayat "Oral beauty care brand for women" Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "fact sheet" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah helaian fakta atau lembaran fakta. Istilah bahasa Melayu untuk "oral'  ialah mulut atau oral. Dalam konteks ini, mungkin merujuk kepada penjagaan kebersihan mulut dan gigi.
 
Istilah16.02.2016
Salam, Saya hendak bertanya, apakah maksud lengkap bagi aural dan oral dalam bahasa melayu? Dan setahu saya, aural dan oral ini adalah bahasa inggeris yang telah dimelayukan..betulkah? Harap, pihak tuan boleh menjawab soalan ini dengan segera. Terima kasih.Padanan kata Bahasa Melayu bagi oral ialah lisan, manakala bagi aural ialah berkenaan telinga atau pendengaran. Makna07.12.2009
Salam sejahtera, 'Surgery' vs 'Pembedahan' vs 'Bedah': Laman web Hospital UKM mempunyai "Department of Oral and Maxillofacial Surgery" yang dalam versi Bahasa Melayu ditulis sebagai: 'Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial'. Kamus Istilah Malaysia pula menyatakan "Vascular Surgery" sebagai 'Pembedahan Vaskular", tetapi "Transplantation Surgery" sebagai "Bedah Transplantasi". Manakala Kamus Inggeris-Melayu Dewan menyatakan "Thoracic Surgery" adalah 'Pembedahan Torasik', tetapi Kamus Istilah Malaysia menyatakannya sebagai 'Bedah Toraks'. Soalan saya: Menurut rumus/kaedah/cara DBP, bila boleh saya menggunakan 'surgery' (BI) sebagai (a) pembedahan, dan (b) bedah? Adakah mengikut konteks (apakah konteks tersebut)? 2) Antara 'pembedahan torasik' dan 'bedah toraks', adakah kedua-dua ini betul dan boleh digunakan? Sekiranya kedua2nya betul, apakah rasionalnya? 3)Dalam konteks 'pembedahan mulut', adakah 'pembedahan' kelas kata nama? Manakala dalam 'bedah mulut', adakah 'bedah' itu kelasnya kata kerja? Khidmat nasihat dari pihak DBP terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih.Menurut istilah perubatan, surgery diberi padanan sebagai pembedahan atau bedah/surgeri bergantung pada konteks dan penggunaan yang bersesuaian. Selain sebagai kata kerja, kata bedah boleh menjadi kata nama apabila bergabung dengan kata lain yang membentuk kata nama mengikut konteks penggunaan, misalnya bedah torasik atau pakar bedah saraf (neurosurgeon).Istilah03.02.2012
Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihat tuan/puan bagi istilah yang sesuai untuk 'underlying medical conditions', 'outbound tourism', 'elastic compression stoking', 'healthcare professional', 'oral rehydration salt', 'transmission of disease', 'venous thromboembolism' dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih.Sila berikan konteks penggunaan istilah agar istilah yang sesuai boleh dicadangkan.Makna14.05.2014
The human body consists of a variety of tissues and cavities with different physical and radiological properties. Most important among these, from a radi- ation dosimetry perspective, are tissues and cavities that are radiologically dif- ferent from water, including lungs, oral cavities, teeth, nasal passages, sinuses, and bones. The dose distribution is affected by these ''tissue inhomogeneities.'' Saya sedang menjalankan projek penyelidikan, apakah perkataan yang paling sesuai dalam bahasa untuk 'TISSUE INHOMOGENEITIES'? Saya berpendapat perkataan yang sesuai adalah tisu inhomogenus? Adakah betul penggunaaannya? T.kasih.

Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk Tissue Inhomogeneities. Walau bagaimanapun, istilah homogeneous mempunyai padanan bahasa Melayu seperti homogen. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Tissue Inhomogeneities ialah tisu tak homogen paling sesuai digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan18.12.2015
Assalamualaikum, saya Ainul Izzah Bte Bahrol, pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Rekord) Universiti Teknologi Mara Segamat ingin memohon jasa baik dari puan untuk saya mendapatkan No talefon atau email Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, ia bertujuan untuk saya membuat penyelidikan dari karya pihak Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan. Ia bertujuan untuk Assignment semester akhir saya. Di harap pihak puan dapat memberi tindak balas terhadap email saya secepat mungkin. Disini saya sertakan maklumat peribadi saya Nama : Ainul Izzah Bte Bahrol Matriks Number :2013256662 Campus :UITM Cawangan Segamat Semester :5 Mata Pelajaran :IMR 504 (ORAL HISTORY) No Talefon :017-6898227

Puan boleh menghubungi YBhg. Dato' Anuar melalui ASWARA kerana Dato' masih berkhidmat di sana. Alamat rumah Dato':
YBhg. SN Dato' Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan,

No. 13, Jalan Pekaka 8/10,

Kota Damansara,

47830 Petaling Jaya.
Lain-lain27.09.2014

Kembali ke atas