Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah 'orang-orang Islam' boleh digunakan? mohon penjelasan lanjut.. thanx..Frasa yang tepat ialah orang Islam kerana orang sudah menunjukkan jamak.Tatabahasa26.10.2013
Bolehkah digunakan perkataan akhirat sebagai kata nama khas kerana bagi orang-orang Islam akhirat merupakan perkara yang satu dan khas?Perkataan akhirat merupakan kata nama am yang konsep sifatnya umum iaitu tidak diketahui sifat yang sebenar-benarnya dan ciri-ciri khasnya.Tatabahasa06.03.2007
Ayat yang manakah betul? 1. Orang Islam melihat kebenaran dan menerimanya? atau 2. Orang Islam melihat dan menerima kebenaran? Kenapa?Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak menyalahi tatabahasa. Namun, ia bergantung kepada maksud yang hendak disampaikan dalam keseluruhan teks. Terima kasih.Tatabahasa14.09.2017
saya nak tanya, orang bukan islam panggil apa kepada orang islam yang dah meniggal dunia? allahyarham atau arwah atau ada nama lain?Gelaran untuk orang lelaki beragama Islam yang telah meninggal dunia ialah allahyarham, manakala gelaran untuk orang perempuan Islam pula ialah allahyarhamah. kata arwah digunakan apabila menyebut orang Islam yang telah meninggal dunia. Harap maklum.Makna05.12.2007
Mengapakah orang Islam berkhatan?Maklumat tentang berkhatan termasuklah kebaikan berkhatan dan proses berkhatan tidak ada dalam pangkalan data kami. Jika tuan betul-betul berminat untuk mengetahuinya, sila rujuk artikel tentang berkhatan, contoh capaiannya kami paparkan di sini, http://www.hmetro.com.my/node/15981Lain-lain05.11.2015
Di malaysia, orang yang belum masuk Islam dikenali sebagai "orang bukan Islam" sebagai kata lawan kepada "orang Islam". Frasa "orang bukan Islam" sebenarnya tidak logik kerana Islam merujuk kepada satu set ajaran. Dalam bahasa inggeris, mereka dikenali sebagai "non-muslim". Soalan: Adakah frasa "orang bukan muslim" adalah lebih tepat? Frasa ini sebenarnya mengandungi masalah kerana "muslim" merujuk orang islam kepada yang lelaki menurut kamus dewan. Ataupun Adakah "orang tidak Islam" boleh diterima? Di sini, Islam dianggap sebagai kata adjektif. maka perkataan "tidak" digunakan.Non-muslim boleh diterjemahkan kepada orang bukan Islam atau orang bukan muslim. Betul Kamus Dewan menakrifkan muslim sebagai lelaki Melayu yang beragama Islam. Walau bagaimanpun dalam penggunaan harian kita biasa menggunakan kata nama khas untuk lelaki bagi mewakili lelaki dan perempuan terutamanya bagi khalayak umum dan sasaran yang tidak diketahui lelaki atau perempuan. Contohnya penggunaan kata nama tuan dan saudara kadangkala digunakan untuk kedua-dua jantina. Bukan ialah kata nafi untuk nama dan frasa sendi nama. Islam ialah kata nama, oleh itu frasa "orang tidak Islam" tidak gramatis.Istilah13.06.2012
perkataan apakah yang sesuai untuk digantikan dengan mensolati?Solat sama maksudnya dengan sembahyang bagi orang Islam. Tidak ada contoh penggunaan kata terbitan daripada perkataan solat dalam pangkalan data kami. Hal ini berbeza dengan sembahyang, ada kata terbitan bersembahyang dan menyembahyangkan. Oleh itu, kami cadangkan perkataan mensolati jenazah dipinda kepada 'menyembahyangkan jenazah'.Tatabahasa19.03.2012
Boleh gunakan perkataan jenazah untuk bukan Islam?Perkataan jenazah hanya untuk orang Islam sahaja.Lain-lain17.04.2014
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG ILMU YANG DIKUASAI ORANG ISLAM DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGISila rujuk bahan ini : Cabaran Tamadun Islam Pada Alaf Baru Di Malaysia Mustafa Daud Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2002 . Kebangkitan Islam: Gambaran dan Sejarah Dalam Tamadun Dunia Jilid 1 Hodgson, Marshall G. S. Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2 . Pengenalan tamadun Islam di Malaysia Abdullah Jusuh Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1989Lain-lain17.09.2007
Selamat petang En. Sulaiman, Saya ingin bertanya, bolehkah perkataan 'berkhalwat' dan 'mengarwahkan' digunakan pada yang bukan Islam? Terima kasih.Melihat dari aspek makna, perkataan berkhalwat boleh digunakan untuk semua orang tetapi lazimnya perkataan tersebut digunakan dalam perundangan syariah yang khusus kepada orang Islam. Ada baiknya untuk bukan Islam perkataan berdua-duaan atau bersunyi-sunyian digunakan bagi menggantikan perkataan tersebut. Begitu juga dengan perkataan mengarwahkan yang lazimnya merujuk  adat dalam kalangan orang Islam untuk memperingati seseorang yang telah meninggal dunia.Tatabahasa22.03.2012
12345678

Kembali ke atas