Saya ingin tahu penggunaan yang sebetulnya kata panghadapan seperti Yang Berusaha,Yang dihormati,Yang Mulia dan sebagainya kepada orang-orang tertentu? | Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol. | Lain-lain | 28.04.2010 |
Apakah panggilan kehormat yang betul bagi Pengetua, Guru Penolong Kanan. Selama ini kita guna Yang Berusaha tetapi ada pula pegawai jabatan yang memberitahu guru-guru bahawa panggilan yang betul bagi Guru Penolong Kanan ialah Yang Berbahagia. Saya rasa salah. Minta penjelasan. Terima kasih. | Panggilan kehormat yang sesuai untuk orang yang dihormati termasuklah guru, ketua jabatan dan sebagainya ialah Yang Dihormati. Rujukan kehormat Yang Berbahagia ditujukan kepada orang yang bergelar seperti penerima anugerah daripada sultan, pembesar negeri, kelulusan dlm pendidikan, mencapai jawatan keagamaan yang tinggi dan sebagainya. Rujukankehormat Yang Berusaha ditujukan kepada pegawai kanan kerajaan yang tidak mempunyai apa-apa gelaran. | Lain-lain | 18.01.2009 |
Bolehkah perkataan 'terhuyung hayang' digunakan untuk kapal atau perahu yang menunjuk bergerak ke kanan dan ke kiri setelah dipukul ombak? | Terhuyung-hayang biasanya digunakan untuk orang. Istilah yang tepat untuk merujuk perahu yang bergerak ke kiri dan ke kanan ialah beroleng-oleng. | Istilah | 19.04.2009 |
Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita. | 1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul? 2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan. 3. Ya. 4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari. 5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah. 6. Kedua-dua ibu bapa. 7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-... sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008. 8. Kedua-duanya betul. 9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. | Lain-lain | 20.12.2008 |
Ucapan alu-aluan untuk pegawai-pegawai kerajaan | Yang Berbahagia (Singkatan YBhg.) Yang Berhormat (YB) Sapaan Yang Berusaha digunakan apabila menyapa orang yang menganjur atau mengadalikan majlis atau pegawai kanan kerajaan yang belum menerima anugerah/bintang kebesaran. Dan pegawai kanan/tinggi kerajaan yang lebih tinggi lagi pangkatnya tetapi belum menerima anugerah/bintang kebesaran disapa sebagai Yang Amat Berusaha; dan Yang Dihormati : Boleh digunakan dalam sapaan kepada yang lebih tua, lebih mulia dan sebagainya. | Istilah | 01.10.2013 |
Penggunaan perkataan 'perutusan'; Hanya untuk orang besar shaja? Bolehkah jika digunakan utk Guru Besar / PK? Contoh: Perutusan daripada Guru Besar/Perutusan daripada Penolong Kanan. Berikan alasan dan contoh. Sekian, terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, perutusan ialah kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim perutusan kepada Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yzng (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja perutusan idea bahkan nilai-nilai etos yang penting; 4. ucapan orang besar pada hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dalam perutusan tahun barunya. Perutusan boleh digunakan oleh guru besar dan penolong kanan kerana perkataan tersebut sinonim dengan amanat, pesanan. | Makna | 13.02.2013 |
1) Boleh berikan contoh format surat rasmi? 2) Sekiranya terdapat dua orang berkuasa yang perlu menandatangani surat, bagaimanakah formatnya? Sekiranya atas bawah atau kiri dan kanan, kedudukan yang paling berkuasa di sebelah mana? | Saudara, Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 26.12.2018 |
Salam, saya ada kemusykilan berkenaan sapaan hormat misalnya yang berusaha, yang dihormati dan sebagainya. Sekiranya majlis diadakan di sekolah, siapakah yang sepatutnya digunakan yang berusaha dan yang dihormati. Bagaimanakah penggunaanya, Yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah ABC, Encik Ahmad atau Yang berusaha Encik Ahmad, Pengetua Sekolah .... Setiap sapaan seharusnya diikuti dengan nama atau jawatan. Sekian terima kasih | Rujukan kehormat Yang Dihormati digunakan kepada orang-orang yang dihir,ati seperti guru, ketua kampung, penghulu, pemimpin kecil parti dsbnya. Ynag Berusaha ditujukan kepada pegawai kerjaan yang kanan tetapi tidak mempunyai apa-apa gelaran, sama ada gelaran warisan ataupun anugerah. Kebiasaannya kata sapaan diikuti oleh nama rujukan kehormat. | Tatabahasa | 26.10.2010 |
Salam. Saya ingin mendapat kepastian penggunaan Yang berbahagia dalam ucapan majlis rasmi. Siapakah yang layak untuk panggilan tersebut.Hal ini kerana, saya mendapati perkataan Yang Berbahagia diguna pakai untuk semua orang.Kalau di sekolah ditujukan kepada pengetua, penolong kanan dan sesiapa saja.Harap maklum dan terima kasih. | Ungkapan 'Yang Berbahagia' dalam sesuatu majlis digunakan untuk: 1. Tetamu Kehormat yang paling tinggi. (Dari luar atau dalam) 2. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahkan gelaran kehormat seperti Dato'/Datin, Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dsb. Sekiranya sesuatu majlis itu dihadiri oleh tetamu kehormat dari luar, dan sekolah bertindak sebagai penganjur, maka ungkapan yang sesuai untuk Pengetua Sekolah pada ketika itu ialah 'Yang Berusaha'. Penggunaan ungkapan 'Yang Berbahagia' ini tidak tertakluk kepada individu tetapi kepada posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis. | Lain-lain | 01.04.2009 |
meraikan acara hari keluarga atau menyambut acara hari keluarga | Menurut Kamus Bahasa Melayu maksud meraikan ialah menghormati seseorang dengan mengadakan keramaian atau jamuan manakala maksud menyambut pula ialah 1 menerima apa-apa yang diberikan dengan tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yang jatuh atau yang dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kepada sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. Ayat yang betul ialah meraikan acara hari keluarga. | Tatabahasa | 12.03.2019 |