apakah istilah bahasa malaysia untuk cheng beng bagi kaum tionghua bersamaan dengan all souls' day bagi orang putih | Mengikut orang cina yang ditemui cheng beng bukan ' all souls day' kerana 'all souls day' pada mereka dikenali sebagai hari hantu atau dipanggil men lan ciek. Walau bagaimanapun saudara boleh menghubungi mana-mana Pusat Bahasa di institusi tempatan untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 27.03.2008 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin minta cadangan terjemahan untuk frasa "Whire Makes Right" dalam bahasa Melayu. Adakah sesuai jika saya menterjemahkannya kepada "Orang Kulit Putih Memperbaik Keadaan"? Menurut Wikipedia, definisi "White Makes Right" ialah: "the belief that the white race is inherently superior to other races and that white people should have control over people of other races." | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa white makes right ialah orang putih yang menguasai. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2023 |
Makna Peribahasa: (1) Cicak Makan Kapur (2) Belanda Kesiangan. Yang mana Satu betul bagi singkatan Yang Berhormat. YB. atau Y.B.? | 1. Peribahasa cicak makan kapur bermaksud 'Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri'. 2. Peribahasa belanda kesiangan bermaksud 'Orang yang bertingkah laku seperti orang putih'. 3. Ejaan/singkatan yang betul ialah YB | Tatabahasa | 27.01.2011 |
Salam sejahtera Saya merupakan penuntut di sebuah universiti luar negara. Sepanjang tempoh pengajian, kebanyakan masyarakat tempatan yang saya temui menunjukkkan minat yang kuat terhadap Malaysia dan bahasa pertuturan rakyatnya. Soalan yang sering diajukan adalah : Apakah nama bagi rakyat ( Perancis )* dalam bahasa melayu? *negara Jawapan yang saya beri : orang perancis Soalan saya adakah terdapat kata adjektif untuk setiap rakyat sesuatu negara? Jika ya, mungkin saya cetek ilmu bahasa sendiri. Jika tidak, perlu diwujudkan supaya memudahkan masyarakat. | Encik Mohd Khairul, Memang tidaka ada kata adjektif bagai nama setiap rakayat bagi sesuatu negara. Mungkin Encik keliru dengan panggilan orang putih. Ini gelaran yang diberikan kepada orang Inggeris. | Lain-lain | 02.10.2010 |
Salam sejahtera, Apakah yang dimaksudkan dengan "berdarah putih bertulang tunggal" dalam ayat contoh ini. ( Maka tatkala itu lalu ia pun teringatlah ia anak orang tuha-tuha, lalu ia bersahut saksilah pada ketika itu, "Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai.") | Petikan tersebut terdapat dalam teks sastera. Penggunaan bahasa klasik dalam ayat iaitu berdarah putih bertulang tunggal bermaksud mempunyai darah putih dan tulang yang satu. | Sastera | 20.08.2013 |
Salam sejahtera, apakah pola ayat di bawah?Mohon pencerahan.Terima Kasih. Kemenyan syihri yang berwarna putih pula digemari oleh orang Arab kerana dipercayai dapat menguatkan gigi dan gusi. | Pola ayat tersebut ialah FN + FK. Perkataan “Kemenyan syihri” merupakan FN, manakala “berwarna” pula FK. Perkataan “putih” dalam ayat tersebut merupakan pelengkap kepada kata kerja. | Tatabahasa | 22.02.2022 |
_____ Encik Zainol berasal dari Pasir Putih, Kelantan. Jawapan yang mana satu lebih sesuai? Orang rumah atau orang dapur? Kedua-duanya merujuk kepada isteri tetapi saya tidak faham adakah orang rumah lebih sesuai dijadikan jawapan yang lebih tepat? mohon pencerahan dan terima kasih | Penggunaan perkataan yang betul dalam contoh ayat yang diberikan ialah orang rumah. Perkataan orang dapur walaupun membawa maksud isteri, tidak sesuai digunakan kerana perkataan tersebut merupakan perkataan bagi bahasa percakapan atau bahasa lisan. | Makna | 14.06.2021 |
Manakah yang betul berkaitan dengan kata sandang : 1 Kakak memberi Si Putih sepiring susu ATAU 2 Kakak memberi Sang Putih sepiring susu. | Penggunaan untuk Si, biasanya untuk orang sahaja. | Tatabahasa | 28.08.2007 |
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih. | 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat ) Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal. 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat) 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat) 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT) 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT) 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat) | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Salam sejahtera, Apakah yang dimaksudkan dengan "orang tuha-tuha" sila rujuk ayat contoh dalam kesusasteraan ini. ( Maka tatkala itu lalu ia pun teringatlah ia anak orang tuha-tuha, lalu ia bersahut saksilah pada ketika itu, "Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai.") | Tuha ialah perkataan dalam teks satera lama yang bermaksud tua. Maka frasa "anak orang tuha-tuha" bermaksud anak orang tua-tua. | Makna | 17.06.2013 |