| apakah yang di maksudkan dengan diri | Diri bermaksud batang tubuh, atau orang seorang, atau empunya badan. | Makna | 02.09.2009 |
| 1.Seorang tua atau seorang orang tua? 2. Ali sedang menyapu padang. Betulkah? | 1.Seorang tua atau seorang orang tua? Jawapan: Seorang Tua - Betul Seorang orang tua- ayat ini betul tetapi tidak gramatis. Ayat "orang tua" lebih tepat. 2. Ali sedang menyapu padang. Jawapan: Salah | Tatabahasa | 22.07.2014 |
| Adakah perbezaan antara 'perorangan' dan 'perseorangan' ?sebagai contoh, komunikasi perseorangan @ komunikasi perorangan. Terima kasih. | "Perorangan" merujuk kepada perihal orang seorang dan selalunya digunakan dalam karya kreatif. Contoh, sajak ini menyiarkan teknik perorangan bagi menghidupkan perasaan manusia. "Perseorangan" pula merujuk kepada cara berseorang-seorang, tidak secara berkumpulan atau melibatkan orang lain. Oleh itu, perkataan yang betul ialah " komunikasi perseorangan".
| Makna | 25.07.2020 |
| Salam sejahtera. Bagaimanakan kita hendak membezakan penggunaan "berseorangan" & "keseorangan"? Bolehkah pihak tuan/puan memberikan contoh ayat yang mudah difahami? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat berseorangan bermaksud berseorang, dengan cara seorang-seorang; dan seorang diri. Keseorangan pula bermaksud terasing seorang diri, tinggal seorang diri, kesunyian. Contoh ayat: Soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi berseorangan. Sejak isterinya meninggal dia selalu berasa keseorangan. | Makna | 14.02.2020 |
| Mana satu betul? a) "Seorang orang buta" atau "Seorang buta"? b) "Menyediakan makan kepada para tetamu" ATAU "Menyediakan makanan untuk para tetamu." c) "Membeli makanan kepada anaknya" ATAU "Membeli makanan untuk anaknya" "Menjahit sehelai baju kepada anaknya" ATAU "Menjahit sehelai baju untuk anaknya". Soalan terakhir, betulkah perkataan "mengemop" tidak wujud dalam bahasa Malaysia? Terima kasih. | A) Yang betul ialah "Seorang buta". B) "Menyediakan makan kepada para tetamu" ATAU "Menyediakan makanan untuk para tetamu." - kedua-dua ayat ini betul C) Yang betul ialah "Membeli makanan untuk anaknya". D) Yang betul ialah "Menjahit sehelai baju untuk anaknya". E) Tidak ada contoh penggunaan kata mengemop dalam sumber rujukan kami, kami cadangkan perkataan tersebut ditukar kepada mengelap lantai. | Tatabahasa | 27.09.2010 |
| saya ingin bertanya tentang ayat ini..." seorang orang melayu" in english. "a malay" adakah betul ayat ini atau perlu ditukar kepada "seorang melayu". jawapan awal dari pihak tuan, amat saya hargai. Sekian | Frasa yang betul ialah seorang Melayu. | Tatabahasa | 12.08.2010 |
| Sebagai seorang pelajar............................ Ibu bekerja sebagai seorang kerani........... Mengapa penggunaan Seorang tidak tepat dalam ayat ini? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seorang bermaksud satu orang dan sendiri. Orang merupakan penjodoh bilangan bagi manusia dan tidak perlu menggunakannya bagi menunjukkan pelajar atau kerani berdasarkan konteks ayat yang dinyatakan. Perkataan 'pelajar' dan 'kerani' sudah diketahui sebagai manusia dan satu orang. Oleh itu, 'seorang' perlu digugurkan dan memadai ..Sebagai pelajar... Ibu bekerja sebagai kerani... | Tatabahasa | 01.08.2012 |
| taat kepada Tuhan dan raja.adakah "taat " hanya digunakan untuk Tuhan dan raja? Taat dan setia kepada ibu dan bapa,adakah ayat ini betul? sayang akan/kepada anaknya? seorang orang tua / seorang tua? sepohon / sebatang pokok? | Kesemuanya boleh digunakan | Tatabahasa | 16.10.2007 |
| Apakah kata jamak bagi 'beliau' jika merujuk lebih daripada seorang orang yang dihormati? Terima Kasih | Menurut data kami, kata ganti diri 'beliau' tidak boleh digunakan dalam bentuk jamak. | Tatabahasa | 21.05.2020 |
| Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat. | 1. Ayat pertama betul. 2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh ke dalam mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat. | Tatabahasa | 13.08.2013 |