Apakah perbezaan antara 'pengantara' dengan 'perantara'. Konteks: 'Mediator' yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes (perundangan). | Pengantara dan perantara mempunyai maksud yang sama iaitu orang tengah, pendamai, dan pelerai. Malaysia menggunakan istilah pengantara bagi mediator (yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak atau pihak-pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes perundangan) tetapi Indonesia menggunakan istilah perantara. | Istilah | 29.04.2011 |
APA ISTILAH TONTO DALAM BAHASA YANG DAPAT MENERANGKANNYA DENGAN TEPAT | orang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat dan lain-lain untuk menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain oleh pihak berkuasa: | Tatabahasa | 04.10.2007 |
Salam, Boleh saya tahu perbezaan maksud 'perantara' dan 'pengantara' serta konteks penggunaan kedua-duanya? Terima kasih. | Menurut data kami, perkataan perantara membawa maksud orang tengah, penghubung (dalam perundingan dan lain-lain): dia hanya berlaku sebagai ~ dalam perselisihan saya dengan Leman. (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala pengantara bermaksud 1. perihal mengantarai (bertindak sebagai orang tengah): dalam pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dari negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dan lain-lain): saya kirim surat ini dengan ~ kawan saya; 3. = dengan ~ dengan jalan, melalui: kursus itu diberikan dengan ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud hampir sama. | Makna | 12.08.2018 |
selamat sejahtera, saya ingin bertanya apa yang dimaksudkan dengan rujukan yang berwasit? sekian terima kasih. | Rujukan yang berwasit bermakna sesuatu rujukan perkara yang dibuat dengan menggunakan orang tengah, pendamai dan seumpamanya. Walau bagaimanapun istilah ini bergantung pada bidang dan konteks. | Makna | 13.07.2009 |
1. apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi 'orang-orang' yang digunakan di tengah-tengah sawah? 2. apakah perbezaan penggunaan perkataan 'ramai' dan 'banyak', perkataan manakah yang sesuai digunakan untuk menunjukkan bilangan orang? | 1. Orang-orang merujuk kepada sesuatu yang dibuat seperti orang atau patung. penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuah.
2. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. 3. Banyak orang. | Lain-lain | 06.08.2011 |
saya keliru dengan pengunaan perkataan orang. adakah perkataan orang sudah menunjukkan bilangan yang banyak seperti masyarakat? adakah perkataan orang boleh digandakan? yang mana tepat rumah orang-orang tua atau rumah orang tua-tua? | Perkataan orang tidak menunjukkan bilangan yang banyak seperti masyarakat. Perkataan orang boleh digandakan tetapi tidak digalakkan kerana ia mempunyai makna kedua, iaitu orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung. Istilah yang tepat ialah rumah orang-orang tua ataupun boleh juga digunakan rumah orang tua. | Istilah | 24.02.2010 |
Bolehkah perkataan "orang-orang" digunakan untuk menunjukkan makna ramai orang? | Dari segi tatabahasa, kata "orang" tidak perlu digandakan kerana "orang" boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
Saya ingin menyoal berkenaan penggunaan perkataan 'orang-orang' dalam bahasa Melayu. Adakah perkataan tersebut sah digunakan sebagai kata jamak ataupun perkataan tersebut hanya merujuk kepada patung yang diletakkan di tengah sawah? Perkataan tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tetapi saya mendapatinya dalam satu entri Kamus Pelajar Edisi Kedua. | Kata "orang" tidak perlu digandakan kerana "orang" boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung. | Makna | 03.12.2013 |
mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 05.12.2018 |
Sebagai seorang pelajar kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Melayu, saya berasa sungguh kecewa dengan sesetengah pihak atau individu yang memandang remeh penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sememangnya kita tahu bahawa satu ketika dahulu Bahasa Melayu menjadi lingua franca di nusantara tapi itu ratusan tahun dahulu sebelum kita merdeka. Bagaimana pula penggunaannya masa kini? Jika hanya berpegang pada akta tapi pelaksaannya tidak berkesan, saya yakin dimasa akan datang anak melayu sendiri tidak pandai bertutur bahasa Melayu. DBP sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan pihak kerajaan bagi menaikkan semula Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi keagungan di Nusantara. | Pandangan saudara kami terima. DBP sememangnya badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan namun yang paling penting ialah azam politik dan penguatkuasaan. Terima kasih. | Lain-lain | 08.08.2008 |