makna terbuka | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari terbuka">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
apakah kesalahan dalam ayat ini? orang ramai yang melakukan kebakaran secara terbuka akan didenda oleh pihak berkuasa. | Ayat yang gramatis ialah "orang ramai yang melakukan pembakaran secara terbuka akan didenda oleh pihak berkuasa". | Tatabahasa | 14.09.2012 |
"Kami sekeluarga" ialah kata ganti nama diri pertama atau ketiga? Sila berikan tunjuk ajar. Bagaimanakah pasifkan ayat berikut: Kami sekeluarga menyambut tetamu dengan tangan terbuka. A. Tetamu disambut oleh kami sekeluarga dengan tangan terbuka. atau B. Tetamu kami sekeluarga sambut dengan tangan terbuka. Terima kasih. | Kami merupakan kata ganti nama diri orang pertama. Ayat Pasif yang betul ialah "Tetamu disambut oleh kami sekeluarga dengan tangan terbuka"
| Tatabahasa | 13.08.2018 |
Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. Perenggan di atas merupakan jawapan DBP berkaitan soalan saya. Saya bertanya soal fungsi, bukan soal boleh atau tidak boleh..... seperti fungsi baju untuk menutup aurat, tapi boleh juga baju untuk kesat tahi kucing..... mengapa rendah sangat standar DBP berfikir??? | Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP)(DBP, 2020: 2376) tingkap bermakna 1. bukaan, biasanya berbentuk segi empat, pada dinding rumah, bangunan, kapal dan lain-lain yang boleh dibuka dan ditutup supaya cahaya matahari dan udara dapat masuk; sinonimnya ialah jendela; dan makna ke-2 ialah tetingkap. Terdapat pelbagai jenis tingkap, misalnya tingkap berpangsi, tingkap bulan, tingkap gelangsar dan tingkap kipas. Sila rujuk KDP dan PRPM. Sudah pastilah fungsi bagi tingkap bergantung kepada jenisnya. Namun, secara umumnya, fungsi tingkap adalah untuk: 1) Membolehkan kemasukan cahaya semula jadi, 2) Mengadakan peredaran udara semula jadi, 3) Menebat haba dan bunyi, dan 4) Menghalang angin dan hujan. Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk pakar bidang seni bina, kesenian hiasan dalaman atau kejuruteraan bangunan. Salah satu cara mudah untuk mendapat maklumat, tuan juga boleh membuat carian di Internet dengan menaip "fungsi tingkap". Harap dapat membantu. | Lain-lain | 14.10.2022 |
Adakah penggunaan 'tatkala' dalam ayat ini betul? Lihatlah gelagat orang munafik tatkala mereka lihat para sahabat bersedekah secara terbuka. Dan jika struktur ayat di atas boleh ditambah baik lagi, harap diberikan cadangan. | Ayat yang lebih gramatis ialah: Lihatlah gelagat orang munafik tatkala mereka melihat para sahabat bersedekah secara terbuka. | Tatabahasa | 31.01.2020 |
apa konsep open day dan open house? | Apa yang difahami open day diterjemahkan kepada hari terbuka. Biasanya dilaksanakan di pusat-pusat pengajian tinggi atau institusi lain yang memberi kepada orang ramai menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada di institusi tersebut atau dibuat khusus di tempat awam. Begitu juga dengan rumah terbuka yang biasanya dikaitkan dengan pelbagai perayaan di negara kita yang menggalakkan penyertaan pelbagai kaum di samping mengeratkan hubungan persaudaraan dan persahabatan. | Makna | 23.07.2008 |
Jendel bermaksud tingkap. Fungsi tingkap untuk laluan angin, cahaya dan udara. Fungsi tingkap juga untuk melihat keluar, orang dari dalam rumah/pejabat/pondok melihat keluar, dan BUKAN orang dari luar melihat ke dalam. Betulkah takrifan saya di atas? | Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. | Lain-lain | 05.09.2022 |
Apakah nama bagi orang yang kerjanya memandu kanak-kanak menjalani aktiviti? Seperti bercerita, bermain, bernyanyi dan sebagainya. Mereka bukan guru tadika tetapi mengadakan aktiviti ini pada hujung minggu yang terbuka kepada seisi keluarga. Ini cara mencari rezeki mereka. Yang lagi satu, orang yang kerjanya bercerita kepada kanak-kanak seperti "Kakak Pepatung" yang agak popular. | Tidak ada nama gelaran khusus untuk yang melakukan aktiviti sedemikian. Berdasarkan pengamatan kami lazimnya penggiat aktiviti seni/sastera/budaya seumpama ini sering menggelarkan diri mereka ibu atau mama atau gelaran ibu/mama digandingkan dengan nama mereka seperti Ibu Anis dan Mama Filzah. | Tatabahasa | 20.09.2012 |
saya ingin tahu apa itu maksud keselamatan awam dalam sesuatu daerah?? apakah penyebab utama? | Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, keselamatan merujuk kepada perihal selamat, kesejahteraan dan keamanan. Awam pula merujuk kepada orang ramai sbg suatu keseluruhan atau terbuka kpd semua orang. Daerah pula merujuk kepada lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah negara). Merujuk kepada soalan kedua saudara : Apakah penyebab utama, saudara boleh membuat rujukan melalui majalah/buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. | Makna | 04.01.2008 |
menjadi kembang | Menurut Kamus Dewan perkataan kembang bermaksud mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; | Lain-lain | 06.08.2007 |