~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA? | Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua. Ejaan yang betul ialah antidadah dan anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
mana yang betul; orang tua-tua/orang-orang tua | 1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas. | Tatabahasa | 12.09.2007 |
ingin mengetahui perbezaan di antara:- Orang tua-tua dan orang-orang tua. terima kasih | Kata ganda yang betul ialah orang-orang tua (bukan orang tua-tua) merujuk kepada ramainya orang tua yang ada. | Tatabahasa | 31.10.2009 |
Antara 'orang-orang tua' dan 'orang tua-orang tua', manakah yang paling sesuai dan tepat penggunaannya. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah orang-orang tua. | Tatabahasa | 13.07.2013 |
Frasa yang betul ialah "Rumah Orang-orang Tua". Jawapan ini diberi oleh Khidmat Nasihat DBP untuk soalan "Rumah Orang Tua-Tua" atau "Rumah Orang-orang Tua". Jika ...orang-orang tua... maka 'orang-orang' di sini bentuknya jamak? Namun, jika DBP ditanya, 'orang' atau 'orang-orang' untuk bentuk jamak, jawapannya 'orang' kerana 'orang-orang' hanya merujuk orang-orangan di sawah. Tidak bolehkah penggunaan sebenar diambil kira? Banyak orang menggunakan 'orang-orang' utk merujuk jamak. Kalau terlalu disempitkan penggunaannya, ini tidak mencerminkan keadaan sebenar dalam kalangan penutur. | Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua, sama seperti Mesyuarat Menteri-menteri Besar. Saudara boleh menggunakan orang atau orang-orang bagi menandakan jamak. Malah korpus bahasa Melayu kerap ditemukan perkataan orang-orang bagi menandakan jamak. Walau bagaimanapun kecenderungan sesetengah penulis yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa tidak menggandakan perkataan kerana maksud tunggal atau jamaknya boleh dilihat pada konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Rumah orang-orang tua atau rumah orang tua-tua? Sila jelaskan. | Yang betul ialah rumah orang-orang tua atau memadai dengan rumah orang tua. | Tatabahasa | 03.01.2012 |
1)Manakah antara berikut yang benar? rumah orang-orang tua, rumah orang tua-tua atau rumah orang tua sahaja. * Ramai rakan saya yang mengatakan "rumah orang-orang tua" sedangkan saya berpendapat orang-orang membawa maksud sejenis patung yang dibuat untuk menakutkan burung di bendang. 2) Manakah ayat yang berikut benar? i) Mereka sedang menjalankan latihan kawat di padang. ii) Mereka sedang menjalani latihan kawat di padang. 3) | 1. Frasa yang betul ialah rumah orang tua. 2. Ayat yang betul ialah mereka sedang menjalani latihan kawad di padang. | Istilah | 12.04.2009 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang ayat ini. Aminah dimarahi oleh ibunya kerana bersikap biadab terhadap orang - orang tua. Soalan saya: Orang-orang tua atau orang tua-tua? Mengapa? Terima kasih | Waalaikumsalam. Ayat yang betul ialah "Aminah dimarahi oleh obunya kerana bersikap biadap terhadap orang-orang tua." 1. Orang tua-tua bermaksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2. Orang-orang tua pula bermaksud golongan warga emas.
| Tatabahasa | 18.03.2015 |
Yang mana betul ungkapan berikut : i. kata orang-orang tua ii kata orang tua-tua | 1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas. | Makna | 02.02.2017 |
Perbezaan antara orang-orang tua dengan orang tua | Puan Efarizan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. orang-orang tua bermaksud dalam sesuatu kumpulan itu, orangnya tua-tua semuanya. Boleh juga menunjukkan kata ganda bagi ramai orang tua - perkataan pertamanya yang digandakan. Manakala bagi perkataan orang tua - seseorang itu yang dibandingkan dari segi umurnya. | Makna | 07.03.2009 |