Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Simpang Empat sampai ke Bintung,
     Jalan melintas Utan Aji;
Kalau dapat memanglah untung,
     Kalau terlepas gigit jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
nyamuk Aedes atau nyamuk aedes? orang utan atau Orang Utan atau orang Utan? yang mana satu betul? tq

Ejaan yang betul ialah nyamuk Aedes dan orang utan.

Ejaan27.03.2010
Asalamualaikum. 1.Perkataan ORANG UTAN -apakah maksud UTAN?Adakah UTAN itu bermaksud HUTAN. Kenapa dalam Kamus Dewan tidak ada perkataan UTAN KenDapa perkataan ORANG tidak dihuraikan pengertian ORANG UTAN dalam Kamus Dewan. 2. Seolah-olah satu trend pada masa ini, kebanyakan premis perniagaan menggunakan kata D seperti Kafe Santai D Saga, D Intim Tomyam, Spa D Indah dan sebagainya.Soalannya bolehkah kata tersebut diterima pakai dalam Bahasa Melayu. Rasionalnya. terima kasih. ISMAIL HASHIM BALINGUtan meruapakn varian dan sama makna dengan hutan. Istilah orang utan memang tidak dimasukkan dalam Kamus Dewan tetapi di bawah entri orang ada oran hutan iaitu  makna keduanya sejenis kera besar, mawas.Istilah28.05.2009
ejaan orang utan yang betul 1. satu atau dua perkataan 2. o dan u di awal huruf besar atau kecil

Ejaan yang betul ialah orang utan, ditulis dua perkataan dengan awalan setiap perkataan huruf kecil.

Ejaan16.01.2009

Kembali ke atas