Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata orangnya

Puisi
 

Batang besar dua sebaya,
     Ambil sebatang membuat galah;
Kalaulah abang orangnya kaya,
     Tidaklah abang sebatang karah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan tanda baca yang mana lebih tepat?: a) "Itu dia orangnya," kata Nasreen, "yang menjual buku itu kepada Mansor." b) "Itu dia orangnya," kata Nasreen, "Yang menjual buku itu kepada Mansor.""Itu dia orangnya, yang menjual buku itu kepada Mansor" kata Nasreen.Tatabahasa20.01.2012
Soalan Pantun Bagaimanakah membina pantun ‘Apa tanda kain pelekat,raginya halus dibentang lebar,apa tanda pemimpin rakyat,budinya halus orangnya sabar’.Minta memberikan satu ayat Manakala apakah tajuk sesuai digunakan ?Untuk makluman tuan/puan, pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap.

Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pembayang dan bahagian maksud. Bagi pantun emapat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud.

Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Bagi pantun dua kerat, rima akhir berbentuk "a,a". Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk "a,b,a,b"

Biasanya, setiap baris dalam pantun mempunyai empat  hingga lima perkataan, dan lapan hingga 12 suku kata.

Contoh pantun yang diberikan di atas boleh digunakan dan cadangan tajuk yang sesuai ialah Pemimpin Berjiwa Rakyat.
Sastera13.01.2021
Saya nak tanya soalan tentang pantun Apakah maksud pantun ini“Baik urat elok batangnya, elok batang tidak berulat;Baik adat elok orangnya,orang elok tidak khianat”?Pantun tersebut merupakan pantun adat daripada Khazanah Pantun Melayu Riau yang bermaksud adat yang membentuk tingkah laku manusia, orang yang baik tiada sifat khianat dalam dirinya.  Sastera17.06.2021
Perbezaan antara orang-orang tua dengan orang tua

Puan Efarizan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

orang-orang tua bermaksud dalam sesuatu kumpulan itu, orangnya tua-tua semuanya. Boleh juga menunjukkan kata ganda bagi ramai orang tua - perkataan pertamanya yang digandakan. Manakala bagi perkataan orang tua - seseorang itu yang dibandingkan dari segi umurnya.

 

Makna07.03.2009
Salam sejahtera. Saya En. Yew yang mengajar di SJKC Desa Jaya, Kepong, Selangor. Saya menghadapi masalah dalam pembelajaran Kata Pembenar, iaitu ya, benar dan betul. Bagaimanakah saya dapat membezakan penggunaan ketiga-tiga jenis Kata Pembenar ini? Sekian, terima kasih.Berdasarkan makna kamus, tidak ada perbezaan bagi maksud perkataan ya, benar dan betul, maka penggunaannya boleh bertukar ganti dalam ayat.
Contohnya: 
(a) Ya, itulah orangnya.
(b) Benar, itulah orangnya.
(c) Betul, itulah orangnya.
Tatabahasa07.05.2014
Sila beri penjelasan perkataan Radian Emas & Seri Ayu. Terima kasih.Radian ialah unit ukuran sudut satah pd bulatan. Emas pula ialah sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai. Seri ialah cahaya semarak. Ayu ialah cantik dan lemah lembut orangnya. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna04.09.2009
1. tolong jelaskan penggunaan 'yang' pada awal kata.Adakah 'yang' boleh digunakan pada awal kata ataupun tidak? 2. bolehkah menggunakan singkatan perkataan seperti tak dan nak serta ni untuk ucapan rasmi? kenapa? 3. bolehkah menggunakan bahasa tempatan dalam ucapan rasmi? contohnya adalah seperti berikut "orang Kedah kata dia mangkaq...kelakaq orangnya..."Jawapan 1:
"Yang" pada awal kata biasanya digunakan bagi rujukan kehormat untuk pembesar atau pemimpin negara.
Contohnya : Yang Amat Arif (Ketua Hakim Negara), Yang Amat Berbahagia (Tun dan Toh Puan), Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar). Bagi ayat biasa, perkataan "yang" tidak sesuai digunakan pada awal kata kerana perkataan  "yang" menuru Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan : rumah yang besar itu; orang yang sakit itu.

Jawapan 2:
Bagi ucapan rasmi atau berbentuk formal, perkatan "tak", "nak" dan "ni" tidak boleh digunakan dan biasanya digantikan dengan perkataan "tidak", "hendak" dan "ini" mengikut kesesuaian ayat. 

Jawapan3:
Tidak boleh menggunakan bahasa tempatan atau loghat negeri dalam ucapan rasmi.
Tatabahasa28.03.2013
Jika berkesempatan dan berkemampuan, buat semakan secara berkala agar entri sentiasa yang terkini - termasuk ruang Khidmat nasihat. Jika ada yang silap, mohon padamkan segera untuk elakkan kekeliruan pengguna. Jangan sekadar mohon maaf, tapi tiada pengemaskinian. Jika boleh, percepatkan kemasukan istilah baru dan masukkan juga bahasa percakapan yang lazim dan tak dapat "dibendung" lagi, seperti awek, kantoi, dll. Namun, tandakan dengan "bp" seperti biasa yg DBP buat. Ia tetap bahasa orang kita - jika pihak DBP tak dapat terima hakikat bahawa sesuatu bahasa itu datang daripada orangnya, habislah. Terlalu banyak perkataan yang "tidak diterima" sampaikan agak lambat berkembang.
Terima kasih  dan  kami  akan  menggambil maklum atas teguran yang dinyatakan.
Kami akan berusia membaiki maklumat dalam khidmat nasihat DBP dari semasa ke semasa. 


Lain-lain02.10.2020
Salam sejahtera. 1) Menurut DBP mahu pun pihak Kamus Dewan, adakah terjemahan untuk 'tweet' (dalam konteks pengguna Twitter) dalam b.Melayu? Atau tidak perlu diterjemahkan? yakni cukup diitalikkan font dalam penulisan misalnya? 2) Sehubungan dengan itu, berapa kerapkah Kamus Dewan memasukkan perkataan-perkataan baharu di dalam edisi elektroniknya? (seperti yang dilakukan oleh kamus-kamus lain contohnya http://oxforddictionaries.com/) Sekian dan terima kasih.

1. Tidak ada padanan tweet dalam bahasa Melayu. Merujuk kepada perbuatan yang dimaksudkan dengan tweet itu, kami cadangkan kata bersembang atau berbual digunakan dan jika merujuk kepada orangnya maka perkataan pengguna twiter yang digunakan. 

2) Capaian kepada Kamus dewan dalam laman web kami disalin daripada edisi cetakan. Apabila ada perubahan dalam edisi cetakan (hanya dilakukan apabila edisi baharu diterbitkan) baharulah edisi elektroniknya berubah. 

Istilah24.08.2011

Kembali ke atas