Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata order;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya inginkan mendapatkan isitilah yang betul bagi perkataan berikut: 1. The Order of Chivalry 2. The Order of hospitaller 3. Crusaders 4. HospitallerSalam sejahtera,

Padanan yang dicadangkan:

a. The order of chivalry: Susunan kesateriaan

b. The order of hospitaller: Susunan kesateria hospital

c. Crusaders: Salibi/ mujahid

d. Hospitaller: Kesateria hospital

Sekian, terima kasih.
Lain-lain03.04.2019
Salam sejahtera tuan/puan, Apakah padanan yang sesuai bagi istilah process order dalam konteks industri pembuatan? Sedikit penjelasan berkaitan process order bersumberkan wikipedia: Process orders are used for the production of materials or for rendering of services in a specific quantity on a specific date. They enable the planning of resources, control of process order management, and specify the rules for account assignment and order settlement. Sekian, terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bahasa Melayu bagi perkataan process order. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan arahan proses bagi padanan bahasa Melayu perkataan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan03.08.2017
Maksud "Tracking Order" dalam bahasa Melayu?Padanan bahasa Melayu yang hampir bagi perkataan tracking order ialah penjejakan pesanan.Penyemakan dan penterjemahan05.03.2018
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah padanan Bahasa Melayu yang tepat untuk perkataan "order" dalam ayat "You are to examine the order and conditions of the vehicle"? Adakah "Anda perlu memeriksa keadaan dan fungsi kenderaan tersebut"? Terima kasih.

Berdasarkan carian kami, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu bagi perkataan order yang boleh digunakan dalam ayat tersebut. Antaranya ialah keadaan, struktur dan sistem jika sesuai dengan yang hendak disampaikan.

Penyemakan dan penterjemahan11.07.2018
Barilyne Sakamoto Sep 19th, 5:22am Dear Sir or Madam, We are going through old open orders and came across one for "Traditional Malay Literature"/ Harun Mat Piah ... on purchase order #OUZM170636. We had ordered it on March 7, 2007 and never received it so please check on the status of the order whether it's on back order or has been cancelled. Sincerely yours, Barilyne Sakamoto ************************************************** University of Hawaii Library Acquisitions Dept., Receiving Section 2550 McCarthy Mall Honolulu, HI 96822 USA Ph. (808)956-2610, Fax (808)956-8596 Email: monorec@hawaii.edu **************************************************Kami akan semak dan majukan perkara ini kepada pihak yang berkaitan. Terima kasih.Lain-lain19.09.2014
Salam sejahtera, Bolehkah "order receipt and transmission service" diterjemahkan sebagai "perkhidmatan penerimaan dan penghantaran pesanan"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Penggunaan ayat dalam bidang perbankan. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.

Soalan saudara akan dipanjangkan kepada Bahagian Peristilahan untuk dijawab. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.

Istilah14.01.2018
apakah maksud perkataan pre-order dalam bahasa melayu
Padanan yang sesuai ialah prapesanan
Makna29.11.2018
1)penthouse 2)development order1)emper 2)perintah pembangunanIstilah09.09.2011
Ketua Bahagian Ketenteraan AwamHead of Public Order DivisionLain-lain30.04.2008
Hasan Elkalantani Oct 11th, 12:33am Salam. Saya nak order buku2 dbp secara online boleh dak?Terima kasih tuan. Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain11.10.2015
123

Kembali ke atas