| Tuan, Saya ingin mendapatkan terjemahan perkataan life member. Ayat dalam Bahasa Inggeris adalah seperti berikut: Ordinary members whether annual members or life members | Padanan bahasa Melayu bagi life member ialah Ahli seumur hidup. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.05.2021 |
| Tuan/Puan, Apa padanan "succeeding" dalam Bahasa Melayu bagi konteks ayat di bawah: "...shall be deemed to have been served on the day succeeding the day on which the notice would have been delivered in the ordinary course of post." Sekian, terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "succeeding" ialah Berikutnya, kemudiannya, selepasnya, sesudahnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.10.2021 |
| Tuan/Puan, Apa padanan dalam Bahasa Melayu bagi konteks ayat di bawah terutamanya perkataan "affected": "34B. (1) Service of any notice under this Act or any rules made under this Act shall be effected by registered post to the person affected thereby and shall be deemed to have been served on the day succeeding the day on which the notice would have been delivered in the ordinary course of post.". Sekian, terima kasih. | Berikut merupakan padanan perkataan dalam bahasa Melayu bagi konteks yang diberikan: affected: terkesan, terlibat, terjejas Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 07.10.2021 |