Perbezaan makna makanan organik dan bahan kimia organik. | kimia organik = cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); Bahan Organik = a) berkanaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuhan; b) berkenaan bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) berkenaan tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~; organik =; bahan ~ a) berkenaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuhan; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~; kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn sebatian karbon; penyakit ~ penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh. Makanan organik = makanan yang terhasil daripada proses organik. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Organik - Naturally organic product | Organik - keluaran organik semulajadi Bahan @ proses yang ada kaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. | Lain-lain | 09.03.2007 |
Assalamualaikum tuan. Antara ayat di bawah, yang mana satu betul. 1) Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar. Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemari alam sekitar. *Patut guna mencemarkan atau mencemari alam sekitar. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar." | Tatabahasa | 30.12.2019 |
dalam English "Concentrated organic grape juice", diterjemahkan dalam bahasa seperti Pekatan jus anggur organik? | Salam sejahtera, Terjemahan yang sesuai untuk "Concentrated organic grape juice" ialah jus anggur organik pekat. Terima kasih. | Makna | 04.01.2018 |
Mohon pihak tuan semak samada terdapat kesalahan ejaan atau tidak bagi papan tanda ini. Terutama pada ejaan Organic "Organik" | Untuk makluman ejaan bahasa Melayu yang betul untuk "Organic" ialah Organik. Sila lihat lampiran dan buat pembetulan. | Lain-lain | 07.03.2013 |
Saya ingin mendapat khidmat nasihat untuk menterjemahkan tajuk “vegan and organic shop” ke Bahasa Melayu. Setahu saya tidak ada perkataan ‘vegan’ dalam Bahasa Melayu. Bolehkah saya gunakan ‘Kedai vegan dan organik”. Mohon nasihat tuan. Terima kasih. | Cadangan kami, Kedai Produk Sayur-sayuran dan Organik. Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 31.05.2019 |
Apakah terjemahan terbaik untuk istilah natural farming? Hal ini kerana istilah pertanian organik tidak berapa tepat. Adakah sesuai diterjemahkan sebagai pertanian alami? | Istilah natural farming masih belum ada dalam pangkalan data kami, cadangan daripada pihak kami, terjemahan natural farming ialah perladangan, pertanian atau penternakan semula jadi mengikut kesesuaian konteks ayat yang ingin digunakan. | Makna | 13.05.2019 |
Saya ingin tahu istilah 'catechin' (Bahasa Inggeris) dalam Bahasa Melayu. Catechin merupakan bahan organik dalam tumbuhan. Saya ingin tahu istilahnya yang tepat dalam Bahasa Melayu.Adakah KATECIN atau KATEKIN atau bagaimana? TERIMA KASIH. | Istilah catechin dalam bahasa Melayu ialah katekin. | Istilah | 29.05.2008 |
HIETROGEN | Perkataan tersebut tiada dalam rujukan kami. Perkataan yang hampir dengan ejaan perkataan tersebut ialah hidrogen yang bermaksud gas yg tidak mempunyai bau, rasa atau warna dan membentuk air apabila bersebati dgn oksigen. ~ klorida ist gas tidak berwarna, mengakis, berbau sengit dan digunakan dlm bahan kimia organik. | Makna | 06.06.2010 |
1.apakah maksud bagi perkataan dramatik? 2.apakah makna dekorasi? 3.apakah makna aromatik? 4.apakah yang dimaksudkan dengan pengembaraan? 5.apakah ekpedisi? | Makna dramatik ialah 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya. Dekorasi pula ialah 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa. Aromatik bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena. Pengembaraan ialah 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi. Ekspedisi ialah penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll). | Makna | 07.02.2010 |