organization | organisasi/ pertubuhan | Lain-lain | 23.12.2008 |
Apakah terjemahan bagi "autonomous self-organization"? Terima kasih. | Apakah terjemahan bagi "autonomous self-organization"? Terima kasih. Terjemahan bagi "autonomous self-organization" ialah "swaorganisasi berautonomi".
| Istilah | 17.12.2013 |
Tuan/Puan, Apa padanan dalam Bahasa Melayu bagi ayat di bawah: "No organization, body or group of students whether established by, under or in accordance with this Act, shall have any affiliation, association or other dealing with, any society, political party, trade union or any other organization, body or group of persons-" Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.10.2021 |
Dalam penulisan buku, pada bahagian akronim, sekiranya buku tersebut dalam bahasa Melayu, dan ada akronim dalam bahasa Inggeris, adakah penjelasan akronim dalam bahasa Inggeris tersebut perlu di italik kan? Contoh: WHO = World Health Organization Adakah perkataan World Health Organisation itu perlu di italikkan? | World Health Organization (WHO) tidak perlu italik. | Lain-lain | 29.03.2022 |
Apakah penterjemahan yang baik untuk frasa-frasa berikut: (a) wind farm (b) signature event (istilah industri pengiklanan) A signature event is an event whose brand recognition in the market is equal to or greater than the brand recognition of its sponsoring organization. Also, an event whose "production values" carry the "genetics" of the sponsoring organization's mission. "Signature event" is a term encountered, most frequently, in the nonprofit sector to describe an organization's major fundraising event(s). | Puan Suhana, Saya harap Puan dapat berikan konteks penggunaan bagi perkataan wind farm kerana jika diterjemahkan secara terus ia menjadi pertanian bantuan angin atau kawasan yang terdapat banyak tiupan angin. Manakala bagi perkataan signature even boleh diterjemahkan sebagi acara penganugerahan/pengiktirafan. Saya harap Puan cuba dulu padankan dengan ayat yang menerangkan perkataan tersebut dan jika sekiranya masih ragu-ragu sila hubungi saya semula supaya kita dapat berbincang. | Makna | 14.06.2010 |
Chicken-pox atau Chickenpox istilah yang betul dalam Bahasa Inggeris? World Health Organization menggunakan istilah chickenpox. Mohon pencerahan. | Istilah sumber yang digunakan ialah chickenpox iaitu dalam bahasa Melayunya ialah cacar air atau cengkering.
| Istilah | 10.01.2023 |
Assalamualakum. Apakah terjemahan ayat berikut dalam bahasa melayu. - internet of things - International Organization for Standardization - fourth industrial revolution Terima Kasih | 1. Internet of things - Internet Benda 2. Cadangan kami: Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa 3. Cadangan kami: Revolusi Perindustrian Keempat | Istilah | 30.04.2018 |
Jika ITD = Information Technology Division bermaksud Bahagian Teknogi Maklumat. Jika IT SSO = IT Shared Services Organization = ??? Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih. | IT SSO diterjemahkan sebagai organisasi perkhidmatan kongsi teknologi maklumat. | Istilah | 06.08.2007 |
Apa istilah untuk sleeper agent? "A sleeper agent is a spy who is placed in a target country or organization not to undertake an immediate mission, but instead to act as a potential asset if activated." | Padanan bahasa Melayu bagi istilah sleeper agent ialah perisik lahu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.04.2023 |
Bagaimana untuk menulis bibliografi untuk yang berikut mengikut Gaya Dewan: Ogilvy, D. 1965. The Creative Chef. in The creative organization , edited by Gary A. Steiner, 199-213. Chicago: University of Chicago. Denton, R. M. dan C. I. Pogson. 1985. Kajian Dasar dalam Biologi:Pengawalan metabolisme. Johari Mohd. Saleh, (sunt.) Kuala Lumpur: DBP. Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Sodhi, N. S., Koh, L. P., Brook, B. W., & Eng, P. K. L. (2004). Southeast Asian Biodiversity: An Impending Disaster. Trends in Ecology and Evolution. 19(12): 654-660. Dalam Mohd. Azlan, J. A. G. A. (2012). Biodiversity Conservation Strategy in Malaysia: A Review From An Islamic Perspective. Jurnal Hadhari 4 (1): 129-136. Imam az-Zahabi. (2009). Cara makan dan berubat Nabi SAW. Terj. Dr Muhammad Amar Adly. Berlian Publication: Selangor | Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam penulisan tersebut. 1. Buku: Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Karya Editor: Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Majalah Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977. 4. Kertas Kerja Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991. Bersama-sama ini dilampirkan juga lampiran penulisan bibliografi yang dipetik daripada buku Gaya Dewan untuk rujukan dan penelitian pihak puan. | Lain-lain | 25.08.2015 |