Saya merupakan seorang doktor pakar dalam bidang ortopedik, berminat dalam bidang penulisan. Sekadar ingin bertanya apakah pihak DBP menyediakan ruang untuk penulisan bahan perubatan dalam Bahasa Melayu? Sekiranya ada, apakah skop yang sesuai samada untuk bacaan awam atau penulisan ilmiah? Adakah perlu untuk mengikuti kursus tertentu sebagai kelayakan untuk menulis? | Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penerbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba. | Lain-lain | 05.01.2010 |
Adakah perkataan KEPATAHAN wujud dalam kamus Dewan Bahasa dan boleh digunakan? Contoh ayat: 1. Pesakit telah didiagnosis mengalami kepatahan tulang fibula akibat insiden tersebut. 2. Panel berpendapat bahawa kepatahan tulang tersebut disebabkan oleh kesilapan pakar bedah ortopedik ketika mengendalikan plat dan skru. Rujukan dalam PRPM menunjukkan carian kata tiadadalam kamus talian. Tetapi terma ditemukan dalam Istilah Bahasa Melayu. | Kami mencadangkan “patah tulang” kerana frasa ini merupakan bentuk lazim yang digunakan dan kerap muncul dalam korpus. Walaupun “kepatahan” wujud dalam istilah, namun ia bersifat khusus untuk bidang tertentu. 1. Pesakit telah didiagnosis mengalami “patah tulang” fibula akibat insiden tersebut. 2. Panel berpendapat bahawa “patah tulang” tersebut disebabkan oleh kesilapan pakar bedah ortopedik ketika mengendalikan plat dan skru. | Lain-lain | 25.08.2022 |