Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata our a tea


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami ingin memohon nasihat berkenaan ayat “Tea dust, tea fanning or tea sifting shall be the dust, fanning or sifting of tea” dalam ayat di bawah ini yang dipadankan dengan “Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak hendaklah serbuk, kipasan atau ayakan teh”. Adakah ayat ini menunjukkan serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak itu melalui proses penyerbukan, kipasan atau ayakan (perbuatan)? atau serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak itu ialah serbuk, kipasan atau ayakan teh (kata nama). Tea dust, tea fanning or tea sifting 261. Tea dust, tea fanning or tea sifting shall be the dust, fanning or sifting of tea as specified in regulation 260. Tea dust shall pass through holes of 0.707 mm size (707 µm). It shall not yield more than 5 per cent of ash insoluble in boiling water. For all other purposes, it shall comply with the standard for tea prescribed in regulation 260. Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak 261. Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak hendaklah serbuk, kipasan atau ayakan teh yang dinyatakan dalam peraturan 260. Serbuk teh hendaklah boleh melalui lubang bersaiz 0.707 mm (707 µm). Ia tidak boleh menghasilkan lebih daripada 5 peratus abu tidak larut dalam air didih. Bagi apa-apa maksud lain ia hendaklah mematuhi standard bagi teh yang ditetapkan dalam peraturan 260.Sila rujuk lampiran.Makna01.07.2021
"Apakah terdapat istilah khusus untuk i. Breakfast ii. Tea Break iii. Lunch iv. High Tea v. Dinner vi. Supper "Berikut padanan dalam bahasa Melayu yang diperlukan: i. Breakfast - sarapan/ makan pagi ii. tea-break - waktu rehat iii. Lunch - merarau/ makan tengah hari iv. High tea - minum lewat petang v. Dinner - makan malam vi. Supper - makan lewat malamIstilah27.05.2013
Apakah isitlah yang tepat bagi ‘bubble tea’ dan ‘milkshake’?Istilah yang sesuai bagi "milk shake" ialah susu kocak. 
Manakala untuk "bubble tea" pula, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih atau teh bebola hitam kenyal.
Lain-lain21.03.2021
Apakah padanan bagi “tea mix”. Adakah ia “teh campuran” atau “campuran teh”?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: 


tea mix - campuran teh


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain01.07.2021
Salam dan selamat pagi. Apakah terjemahan bagi perkataan 'high tea'? Terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "high tea' ialah minum lewat petang.Istilah24.04.2012
Diminta DBP memberi padanan istilah 'boba' iaitu sejenis makanan kenyal berbentuk mutiara diperbuat ubi kayu dan dicampur dalam minuman 'bubble tea' (minta padanan untuk bubble tea juga jika ada, ataupun teh mutiara memadai kerana itu yang digunakan wikipedia bahasa indonesia?).Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan istilah tersebut. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2018
Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "bubble tea" ke dalam Bahasa Melayu? https://en.wikipedia.org/wiki/Bubble_teaUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih.Ejaan04.06.2013
ice honey lemon tea dalam bahasa malaysia ialah teh madu limau ais, teh limau madu ais atau teh limau ais madu?
Padanan yang sesuai ialah teh limau madu ais.
Lain-lain02.11.2018
Salam sejahtera Tuan/Puan, apakah padanan bahasa Melayu untuk Welcome Tea yang diadakan untuk freshers? Terima kasih.

Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Sila terjemahkan dahulu perkataan tersebut dalam bahasa Melayu dan pihak kami akan menyemak dari aspek tatabahasa. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my.

Penyemakan dan penterjemahan27.05.2025
Apakah terjemahan yang sesuai untuk yang berikut untuk menerangkan rasa teh (https://www.artoftea.com/tea-terms-glossary): 1) earthy 2) rich 3) mellow 4) fruity flavour 5) floral 6) velvety 7) smooth and sweet taste 8) woody 9) rich 10) astringentCadangan terjemahan adalah seperti yang berikut jika bersesuaian:
1) earthy = semula jadi
2) rich = sempurna
3) mellow = nipis/tipis
4) fruity flavor = rasa buah 
5) floral = bunga
6) velvety = lembut 
7) smooth and sweet taste = halus dan manis
8) woody = sebenar/ semula jadi
9) rich = sempurna
10) astringent = pedar/tajam/segar
Penyemakan dan penterjemahan22.10.2019
12

Kembali ke atas