| Saya ingin tahu apakah terjemahan untuk perkataan "crowd sourcing"? Terim kasih. | Tidak ada padanan perkataan crowd sourcing dalam pangkalan data kami. Sourcing lazimnya diterjemahkan kepada punca atau sumber. Crowd dalam kebanyakan bidang peristilahan diterjemahkan kepada ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=crowd. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.11.2015 |
| Adakah tepat terjemahan saya seperti berikut:- (1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import (2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung (3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri (4) Mission Participation Incentive = Galakan Penyertaan Misi Nota: Program-program di atas berkaitan import kayu-kayan dari luar ke Semenanjung Malaysia oleh sebuah agensi kerajaan. | (1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import (2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung (3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri Kami bersetuju dengan ketiga-tiga cadangan terjemahan di atas. Cadangan terjemahan keempat dibetulkan kepada Galakan Misi Penyertaan kerana misi penyertaan membawa makna yang lebih tepat berbanding dengan penyertaan misi. Walau bagaimanapun perkara ini perlulah dilihat semula oleh pihak tuan. (4) Mission Participation Incentive = Galakan Misi Penyertaan | Penyemakan dan penterjemahan | 08.12.2017 |
| Assalamualaikum/Salam Sejahtera Adakah terdapat terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi perkataan berikut: 1. Crowdsourcing atau crowd sourcing 2. Crowdfunding atau crowd funding Mohon bantuan. Terima kasih. | Berdasarkan rujukan kami, terdapat padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah yang berikut: i. crowd sourcing - sumber khalayak ii. crowdfunding - pendanaan awam | Penyemakan dan penterjemahan | 12.04.2022 |
| Apakah terjemahan perkataan "out sourcing" dalam bahasa Melayu? | Istilah bahasa Melayu untuk "outsourcing" ialah khidmat luaran. | Istilah | 26.05.2016 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan istilah 'revitalize' dan 'revitalization' tiada pemadanan khusus dalam istilah bahasa Melayu, bolehkah saya mengusulkan kata 'pugar' dan 'pemugaran' sebagai padanan? Adakah terdapat saluran dalam talian bagi mengemukakan cadangan padanan istilah ke DBP? Ini boleh memberi ruang untuk orang ramai memberi saranan/cadangan melalui penggunaan sumber khalayak (crowd sourcing). | Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu diberikan definisi yang tepat. Jika tiada dinyatakan bidang maka kata hanyalah kata umum. Makna kata umum boleh sahaja dirujuk dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (KIMD). Dalam KIMD, makna kata revitalize ialah menggiatkan, mencergaskan; manakala makna kata revitalization ialah penggiatan, pencergasan/ semula. DBP sangat mengalu-alukan para pakar bidang untuk bergerak bersama mencipta istilah Melayu. | Istilah | 27.12.2018 |