| Assalamualaikum. Saya ingin membuat semakan terjemahan bagi perkataan 'sensory overload', adakah 'beban sensori' atau 'beban deria' yang lebih tepat? Perkataan ini adalah berkaitan dengan autisme. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk sensory overload dalam pangkalan data kami. Istilah bahasa Melayu untuk sensory ialah deria dan istilah untuk overload ialah beban lebih. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk sensory overload ialah beban lebih deria. | Istilah | 19.11.2012 |