Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj (fml) 1. conducive to peace, perdamaian: he formulated more ~ policies, dia merumuskan lebih banyak dasar perdamaian; 2. peaceful, secara damai: a ~ settlement of the dispute, penyelesaian secara damai ttg perbalahan itu; 3. peaceable, pendamai: a naturally ~ man, orang yg pendamai sifatnya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pacific


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. Thank you To be the leading Holiday Inn in Asia Pacific that Guests Love and Employees Adore Untuk menjadi Holiday Inn yang terunggul di Asia Pacific dimana pelanggan mencintai dan pekerja memujaiCadangan terjemahan ialah 'Untuk menjadi Holiday Inn yang unggul di Asia Pasifik yang dicintai dan dikagumi oleh pelanggan dan pekerja.Makna02.05.2008
a. Mesyuarat East Asia Hidrographic Commission (EAHC) pada 24 hingga 27 Feb 14 dikoordinasikan oleh Pusat Hidrografi Nasional. b. Rimland Pacific Superintendent’s Conference (RPSC) pada 16 hingga 19 Jun 14 dikoordinasikan oleh Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM. c. WPNS Senior Enlisted Leader Working Group (SELWG) pada 18 hingga 22 Ogos 14 dikoordinasikan oleh Bahagian Operasi dan Eksesais. d. Asia Pacific Submarine Conference (APSC) pada 8 hingga 11 Sep 14 dikoordinasikan oleh Markas Angkatan Kapal Selam. 9. Justeru, Pengerusi mengarahkan mesyuarat koordinasi dilaksanakan bagi membincangkan hala tuju terbaik untuk memastikan keempat-empat aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar, berkesan dan menepati objektif yang ditetapkan. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh TPTL. Pengerusi juga menghendaki Tim Induk yang ditubuhkan bagi setiap aktiviti membincangkan segala keperluan asas, implementasi dan pelaksanaan serta koordinasi aktiviti di dalam mesyuarat tersebut. 10. Pengerusi juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan kata nasihat kepada Ahli JLAKS yang baru, beliau menekankan keperluan kepada empat nilai teras TLDM iaitu Honour, Loyalty, Courage dan Pride. Pengerusi menyaran agar ahli JLAKS yang lain turut memberikan penekanan kepada nilai teras tersebut dengan harapan ianya dapat dipatuhi bagi meningkatkan kecemerlangan di dalam TLDM dan secara langsung TLDM akan dipandang tinggi oleh organisasi yang lain.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Tatabahasa13.01.2014
Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Saya Nor Hisyam ingin bertanya mengenai nama Papan Tanda Besar yang sesuai untuk diletakkan di Pusat Beli-Belah KIPMART Masai. Penerangannya ialah KIP REIT dipegang oleh pemegang saham dan pemegang amanah ialah Pacific Trustee Berhad,manakala diuruskan oleh KIP REIT Management Sdn. Bhd. serta hartanah diuruskan oleh Azmi&CO. Soalan saya ialah apakah nama yang sesuai untuk diletakkan di papan tanda besar KIPMART Masai untuk dalam kurungan seperti 1: KIPMART Masai (Pemilikan oleh KIP REIT) 2: KIPMART Masai (Dimiliki oleh KIP REIT) 3:KIPMART Masai (Dimiliki oleh PACIFIC Trustee Berhad) Terima Kasih dan saya memerlukan jawapan secepat mungkin. 1:

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

Sila kemukakan permohonan dengan visual iklan dan pihak kami akan membantu membetulkan jika terdapat kesalahan.

 

Terima kasih.

Lain-lain30.05.2017
Boleh saya tahu dalam kamus Dewan Bahasa, kenapa disebut sebagai Lautan Pasifik tetapi bukannya Samudera Pasifik?

Untuk makluman, “Lautan Pasifik” telah diterima secara meluas dalam semua penamaan tempat dan pemetaan geografi serta digunakan sebagai nama khas bagi menggantikan istilah bahasa Inggeris, iaitu Pacific Ocean. Nama ini telah mantap penggunaannya. Istilah “Samudra Pasifik” hanya digunakan di Indonesia. Perkataan “Samudera” lebih kerap digunakan dalam karya sastera dan laras bahasa klasik sebagai satu bentuk pilihan padanan kata yang lebih indah. 

Istilah20.04.2020

Kembali ke atas