Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada di

Puisi
 

Raja semayam di dalam kota,
     Banyak menghadap segala menteri;
Pada saya hendak berkira,
     Abang baik pergi sendiri.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Berharga di atas rupa,
     bercupak di atas tumbuh.

Bermaksud :

Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dari segi tatabahasa, yang mana satukah betul penggunaan 'di' dan 'pada': - di peringkat atau pada peringkat - di setiap atau pada setiappada peringkat dan pada setiap.Tatabahasa17.08.2015
1."Tolong tulis nama pada/di buku". 2."Rumah saya terletak agak jauh dari/daripda sekolah". Manakah penggunaan kata sendi nama yang tepat?Penggunaan kata sendi nama yang tepat ialah:
1. "Tolong tulis nama pada buku.
2. "Rumah saya terkerletak agak jauh dari sekolah.
Tatabahasa07.01.2015
Salam. Saya agak keliru dengan penggunaan "di" dan "pada" dalam sesetengah ayat. Setiap kali melihat wajah saya "di/pada" cermin, saya rasa rendah diri. Adakah penggunaan "di atau "pada" boleh ditukar ganti dalam ayat di atas? Jika tidak, mana yang lebih sesuai? Terima kasih. Salam.Yang dimaksudkan sendi nama "pada" untuk "tempat" ialah sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya:

- Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi.
- Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan.
- Tulis nama pada kertas ini.

Penggunaan yang lebih sesuai ialah pada cermin.

Tatabahasa21.04.2017
Luka yang dialami oleh Ali meninggalkan parut yang jelas di / pada lengannya. Di atau pada? Dan bagaimana perbezaan antara kedua-dua kata sendi ini?Luka yang dialami oleh Ali meninggalkan parut yang jelas pada lengannya. Kata sendi nama "di"  menunjukkan tempat seperti "di rumah" dan "di Kuala Lumpur". Manakala "pada" pula ialah ialah kata sendi nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat seperti "pada peringkat" dan "pada dinding".Tatabahasa11.03.2015
Salam, bagaimanakah untuk membezakan kata sendi nama yang betul antara 'di' dengan 'pada'? 1. pada pangkal ayat/di pangkal ayat? 2. pada awal ayat/di awal ayat? 3. pada permulaan ayat/di permulaan ayat? Boleh tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Kata sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.  Dalam konteks contoh yang diberikan, pangkal ayat, awal ayat dan permulaan ayat merujuk kepada tempat. Oleh itu, kata sendi yang sesuai ialah "di". Untuk makluman, kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, digunakan dalam ungkapan ada + pada  (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut:
a. menunjukkan keterangan waktu apabil mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa
b. kata sendi nama "pada" apabila didahului perkataan "ada", mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan.
c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja

Oleh itu, sila berikan ayat penuh untuk menentukan sendi nama yang tepat.
Tatabahasa18.07.2014
Salam, saya ingin tahu kata sendi nama yang betul untuk ayat di bawah: Sukan badminton Malaysia mempunyai martabat yang tinggi (di/pada) peringkat dunia. Adakah penggunaan di/pada untuk kes ini (apabila digandingkan dengan istilah 'peringkat dunia/peringkat antarabangsa/peringkat negeri/sebagainya berbeza mengikut subjek ayat? Jika ya, apakah yang membezakannya? Terima kasih.Dengan berdasarkan penggunaan kata sendi nama di dan pada seperti yang dinyatakan di atas, didapati bahawa penggunaan kata sendi di dan pada dalam frasa di peringkat dan pada peringkat tidak jelas. Persoalannya ialah adakah peringkat menunjukkan konsep tempat atau keterangan waktu dan tempat? Yang jelas ialah peringkat bukan menerangkan tempat. Oleh sebab itu, penggunaan frasa sendi nama di peringkat tidak tepat. Peringkat bermaksud kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatnya. Sebagai kesimpulannya, frasa sendi nama pada peringkat lebih tepat berbanding dengan frasa sendi nama di peringkat.Tatabahasa19.01.2015
Yang manakah adalah ayat yang betul? Jika terdapat kesalahan, bolehkah tuan menerangkan sebab kesalahan tersebut: 1) gerai ini menjual pelbagai barangan daripada makanan, pakaian hingga barangan perhiasan. 2) kita sedang berada pada/di ketinggian 10 000 kaki 3) tambang dikenakan untuk/ke atas setiap penumpang setiap hala (per passenger per way) 4) bayaran penyertaan yang dikenakan kepada/ke atas/untuk setiap peserta ialah sebanyak RMXXX 5) nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan program kesetiaan kami terima kasih

1. Gerai ini menjual pelbagai barangan seperti makanan, pakaian dan barangan perhiasan. (kata sendi nama 'daripada'  dan hingga tidak sesuai digunakan)
2. Kita sedang berada pada ketinggian 10,000 kaki (Sendi nama 'pada' dalam ayat ini  merujuk keterangan waktu atau masa manakala 'di' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap)
3. Tambang pergi balik dikenakan kepada setiap penumpang (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek dan ke atas pula menunjukkan arah)
4. Bayaran penyertaan yang dikenakan kepada setiap peserta ialah RMXXX. (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek)
5. Nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan proram kesetiaan kami (kedua-dua ayat ini betul)

Tatabahasa18.02.2018
Soalan : Bapa melayan tetamu di ruang tamu pada waktu petang tadi. (i) Ayat Songsang yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (a) Melayan tetamu di ruang tamu pada waktu petang tadi bapa. (b) Pada waktu petang tadi bapa melayan tetamu di ruang tamu. (c) Di ruang tamu pada waktu petang tadi bapa melayan tetamu. (ii) Ayat Pasif yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (d) Tetamu dilayan oleh bapa di ruang tamu pada waktu petang tadi. (e) Tetamu kena layan oleh bapa di ruang tamu pada waktu petang tadi. (f) Tetamu terlayan oleh bapa di ruang tamu pada waktu petang tadi.A. Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek.

Ayat tersebut tidak gramtis. Ayat yang betul: Bapa melayan tetamu di ruang tamu pada petang tadi.

(i) Ayat Songsang yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah.

(a) Melayan tetamu di ruang tamu pada waktu petang tadi bapa. - Pendepanan seluruh predikat
(b) Pada petang tadi bapa melayan tetamu di ruang tamu. - Pendepanan sebahagian daripada predikat (Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat)
(c) Di ruang tamu pada petang tadi bapa melayan tetamu. - Pendepanan sebahagian daripada predikat (Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat)

Ketiga-tiganya betul.
 

B. Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

(ii) Ayat Pasif yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah.

(d) Tetamu dilayan oleh bapa di ruang tamu pada petang tadi. - Betul 
(e) Tetamu kena layan oleh bapa di ruang tamu pada petang tadi. Salah kerana penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.  
(f) Tetamu terlayan oleh bapa di ruang tamu pada petang tadi. Salah kerana penggunaan perkataan "terlayan" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.  

Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411.
Tatabahasa25.10.2015
Yang manakah betul? Abu melukis mural yang cantik (di, pada) dinding bangunan sekolah.Jawapan yang tepat ialah "Abu melukis mural yang cantik pada dinding bangunan sekolah. 
Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275, kata sendi nama "pada" digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja, Contohnya:
1. Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi
2. Tulis nama pada kertas itu.
3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan.
Tatabahasa07.09.2016
Beberapa orang murid sedang menyemak keputusan mereka di papan kenyataan yang terletak di dinding. Soalan: adakah penggunaan di pada ayat di atas betul atau perlu diganti dengan padaPenggunaan kata sendi nama yang tepat dalam konteks ayat tersebut ialah pada.Tatabahasa15.08.2014
12345678910...

Kembali ke atas